Bersih 3.0: Ambiga dan Anwar berucap, isytihar berjaya himpun 300,000 peserta
KUALA LUMPUR (28.04.12): Dengan menggunakan sebuah kenderaan pick-up, pentas untuk pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat disediakan bagi memberikan ucapan dan arahan kepada peserta Bersih. Tetapi agak malang sedikit apabila pembesar suara yang digunakan tidak mampu untuk mencapai sasaran pendengaran para peserta kerana jarak himpunan yang begitu panjang dan jauh serta hiruk pikuk bising yang diluar kawalan penganjur.
Namun begitu, sekalung tahniah kepada Hishamudin Rais yang berjaya mengetuai ucapan-ucapan pimpinan serta memberikan beberapa arahan yang berguna kepada para peserta. Diselang-seli dengan lagu-lagu patriotik, semangat peserta Bersih senantiasa segar biarpun terpaksa menahan kesukaran berhimpit-himpit dalam cuaca yang panas.
Beberapa pimpinan dilihat dibawa ke hadapan 'pentas', namun ada juga yang tidak kesampaian untuk betul-betul berada dihadapan apabila ramai wartawan media dan pihak keselamatan yang memenuhi ruang tersebut.
Agak dikesali juga apabila setiap pimpinan yang dibawa ke hadapan, diiringi oleh ramai pengawal yang membuatkan ruang tersebut menjadi bertambah sempit dan berhimpit. Kami yang berada disitu lebih awal terpaksa berasak-asak untuk mencari tapak bagi berdiri. Lebih malang lagi bagi mereka yang berada di kiri dan kanan pentas yang terpaksa beralah dengan asakan pasukan keselamatan yang baru tiba.
Namun begitu, segalanya masih di dalam kawalan pihak penganjur dan beberapa pimpinan telah berkesempatan untuk memberikan sedikit ucapan mengenai hari yang bersejarah ini.
Apa perlunya pimpinan dikawal sedemikian rupa sehingga menyusahkan orang lain?
Kelihatan YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh juga terpaksa berasak-asak
Bagaikan sardin di dalam tin apabila ramai yang datang dari belakang memenuhi ruang yang telah sedia sempit
Ambiga berjaya juga dibawa untuk menaiki pentas
Dato' Seri Nizar sepertimana himpunan Bersih yang lalu, membawa anak dan isteri bersama-sama
Cikgu Mala yang sentiasa 'cool', duduk bantah bersama-sama muslimat Pas yang lain
Dato' Chua Jui Meng, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR juga turut serta
Ambiga cuba menenangkan orang ramai yang terpaksa berhimpit-himpit
Tiada ruang lagi untuk duduk
Sekali lagi, arahan daripada Hishamuddin Rais menenangkan keadaan
Ambiga dengan penuh semangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah berani menyuarakan hak mereka
Ambiga mengumumkan kejayaan himpunan aman Bersih 3.0 kali ini dengan penyertaan seramai 300,000 orang peserta
Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution
Ketibaan DS Anwar Ibrahim bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah
DS Anwar memberikan ucapan beliau
Dalam pilihanraya kali ini kita mesti ajar pimpinan yang sombong, ujar Anwar
Ambiga menyatakan yang himpunan hari ini telah berjaya dan minta semua peserta bersurai secara aman
Dalam keadaan yang berhimpit-himpit sebegini, agak mustahil untuk bersurai dengan mudah. Dibelakang, hadapan, kiri dan kanan penuh dengan lautan manusia. Akhirnya semua terpaksa perlahan-lahan beredar mengikut arus yang membawa ke arah hadapan, arah Dataran Merdeka...
No comments:
Post a Comment