Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0: Sesak di Petaling Street dan Jalan Pudu sejak jam 9.00 pagi lagi


KUALA LUMPUR (28.04.12): Perhimpunan Bersih 3.0 dan juga Himpunan Hijau yang dijadualkan serentak pada hari ini telah berlangsung dengan begitu meriah sekali.

Apa yang mengejutkan adalah peningkatan dalam penyertaan daripada masyarakat Cina, tua dan muda, berbanding dengan himpunan terdahulu, bersatu hati bersama-sama dengan kaum yang lain menuntut agar 8 tuntutan daripada 28 NGO yang membentuk BERSIH dipenuhi sebelum pilihanraya umum ke-13 diadakan.

Saya yang sepatutnya ke Pasar Seni bersama rakan-rakan, telah tersangkut di Petaling Street akibat terlalu ramai orang yang berhimpun disana. Kami mengambil keputusan untuk terus berada di situ sehinggalah terdapat apa-apa arahan yang perlu diikut.

Pelbagai gelagat manusia yang dapat dilihat disana, namun semuanya dengan niat yang sama iaitu menuntut agar kerajaan berlaku adil dan bersih di dalam pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.



Mereka menyanyi meluahkan perasaan

Petugas Pos juga memberikan sokongan


Kumpulan daripada Johor


Mereka menyanyi beramai-ramai


Begitu semangat sekali

Ingat Uncle Bersih 2.0 daripada Sarawak ini? Kali ini, dia datang lagi

Pelbagai gimik dibuat untuk memeriahkan suasana


Kumpulan daripada Sarawak

Daripada Kedah 







Unit Amal yang bertugas untuk Bersih 3.0




Salah satu daripada helikopter yang berlegar-legar diruang udara

Peserta himpunan diarahkan beredar ke Dataran Maybank


Kesemuanya yang berada di Petaling Street dan Jalan Pudu bergerak bersama-sama menuju ke Dataran Maybank


No comments:

Followers