Saturday, April 14, 2012

Harussani temani Najib buat umrah untuk PRU13?

Tan Sri Mufti Perak Harussani Zakaria dikatakan akan menemani Najib Razak untuk menunaikan Umrah hujung bulan ini.

Beliau dan beberapa ahli agama yang lain telah diminta untuk menemani Najib melakukan umrah khas bagi mendoakan kemenangan Umno dan Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang.

Perkara ini dilihat sebagai usaha terdesak Najib untuk mempertahankan Putrajaya daripada tumbang ke tangan Pakatan Rakyat. Kesemua laporan, bancian, analisa dan risikan telah memihak kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno dan Barisan Nasional yang semakin terbongkar kesalahan mereka dari sehari ke sehari.

Semoga Tan Sri Harussani tidak membiarkan dirinya diperguna demi kelangsungan hayat Umno dan BN. Janganlah ibadah dalam agama dipermain-main demi mempertahankan kuasa semata.

Tan Sri Mufti perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menasihati Perdana Menteri terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Apatah lagi apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama tidak berjaya dan berfungsi untuk menasihati Perdana Menteri.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...