Friday, April 27, 2012

DI MANA JANJI DATUK HAMIDAH BANTU PENIAGA GERAI MAKAN MELAYU PENGKALAN PEGOH?


Isu perobohan gerai Tomyam di Jalan Pengkalan Pegoh 24 April 2012 adalah satu insiden besar dan  jangan hanya dipandang dari aspek perundangan akta semata-mata sehingga kita melupakan implikasi dan kesan besar kepada masa depan peniaga Melayu di kawasan Pengkalan Pegoh.
Adakah rakyat sedar bahawa mangsa perobohan gerai milik Puan Zam binti Jabar itu sebenarnya pernah mendapat perhatian Toh Muda OKK Panglima Kinta Seri Amar Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Abd Wahab Bin Dato’Seri Azizul Hassan Orang Besar Jajahan Manjung sehingga Y Bhg Dato’ pernah memberi surat  sokongan terhadap rayuan Puan Zam kepada Dato’ Haji Roshidi bin Haji Hashim Datuk Bandar Ipoh.
Malah Puan Zam juga pernah memberi surat rayuan kepada YB Datuk Hamidah sendiri berkenaan isu ini. Rayuan terhadap Datuk hamidah sebenarnya tepat memandangkan Datuk hamidah sendiri pernah menjanjikan dalam cadangan beliau yang disiarkan dalam Sinar Harian bertarikh 17 Oktober 2012 bahawa  beliau akan berusaha mendapatkan tanah seluas 0.8 hektar yang masih berpaya untuk dijadikan kawasan pemindahan peniaga gerai makan di sepanjang jalan berkenaan.
Beliau juga pernah menyatakan bahawa pihak beliau memang bercadang untuk memindahkan kesemua peniaga melayu berkenaan di tempat yang sewajarnya malah bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.
Kini selepas 19 bulan di mana janji Datuk Hamidah? Adakah beliau hanya bereaksi dan turun padang selepas penduduk membuat kenyataan akhbar pada 14 oktober 2010?  Menurut Datuk Hamidah juga gerai yang sepatutnya telah runtuh pada tahun 2010 itu hanya selamat untuk seketika, disebabkan peruntukan melebar jalan belum diperolehi.  Adakah janji sebegini layak dikeluarkan oleh seorang ADUN? Apa pula nasib gerai-gerai lain yang ‘sebangsa’ dengan gerai Puan Zam selepas peruntukan diluluskan? Sebagai wakil rakyat beliau harus menunaikan janji malah berusaha memberi tapak baru untuk gerai-gerai berkenaan meneruskan kehidupan mencari rezeki di kawasan berkenaan.
Berdasarkan beberapa ‘trend’  yang mampu dinilai rakyat, YB Datuk Hamidah kelihatannya masih tidak menjalankan tugasnya untuk turun menyelesaikan masalah rakyat sehingga selesai. Sikap beliau kelihatan masih banyak bergantung kepada para pembantu  yang diutuskan untuk meninjau kawasan rakyat tanpa menapak kaki sendiri menilai, memperhalusi keadaan sosio-kehidupan rakyat yang bernaung di kawasan DUNnya sendiri. Pemimpin UMNO seperti beliau seharusnya lebih cakna dan sensitif dengan kesusahan rakyat bukan sekadar beretorik dalam ceramah-ceramah UMNO sahaja.
Radzi Zainon
Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS)
DUN Sungai Rapat

Surat Pemberitahuan kesalahan pembinaan gerai di Rezan jalan

  
 Janji-janji Hamidah

 
Surat Sokongan Orang Besar Jajahan Manjung Dato' Abd Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan kepada Dato' Haji Roshidi Datuk bandar Ipoh  
 
Surat Rayuan Puan Zam Binti Jabar kepada YB Datuk Hamidah

No comments:

Followers