Tuesday, April 24, 2012

Gangguan dan provokasi melampau di program pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng

Di setiap program kelolaan Pakatan Rakyat sekitar Dun Sg Rapat, pasti ada gangguan. Dengan atau tanpa gangguan, program tersebut pastinya berjaya juga.

Ketakutan Umno/BN semakin menjadi-jadi, walau dengan apa cara sekalipun, program-program Pakatan perlu diganggu-gugat. Namun yang pastinya, sedar atau tidak, segala gangguan tersebut kini merupakan daya penarik untuk orang ramai bertumpu dan berasak-asak ke program Pakatan.

Pada malam pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di Desa Pakatan, Ipoh itu, pihak yang berada di seberang jalan sahaja daripada tapak ceramah Pakatan telah mengadakan upacara tarian naga, tarian amoi dan hidangan khinzir panggang dengan bunyi muzik yang begitu kuat sekali.


Tarian amoi seksi yang dihidangkan bersama dentuman muzik yang sungguh kuat dihadapan tidak lebih daripada 30 orang, semata-mata untuk mengganggu suara penceramah disebalik jalan sana.
Saksikan video dibawah untuk melihat suasana pada waktu itu:



3 ekor khinzir panggang yang diletakkan di bawah khemah menghadap kepada tapak ceramah Pakatan

Suasana menjadi tegang apabila orang ramai menyerbu tapak khemah tarian dan muzik semasa YB Dr Lee Boon Chye sedang berunding dengan pihak di sebelah sana untuk perlahankan sedikit bunyi muzik mereka. Menurut ketua keselamatan pihak penganjur ceramah, pihak polis yang berada di situ telahpun dimaklumkan akan provokasi yang dilakukan diseberang jalan sana, namun tiada apa-apa tindakan yang di ambil. 

Akibatnya, orang ramai yang tidak berpuashati kerana mengganggu mereka untuk mendengar ceramah telah menyerbu ke khemah tempat peralatan muzik. Namun yang demikian, dengan kecekapan pihak UKP dan Unit Amal yang bertindak pantas untuk menghalang orang ramai daripada membuat sesuatu yang tidak diingini.

Kita lihat video suasana tegang tersebut:-


Selepas menonton video diatas, jelas kelihatan pihak keselamatan Pas telah berjaya menyelamatkan keadaan  


Suasana tegang tersebut dapat diatasi dan disuraikan oleh UKP dan Unit Amal


Bunga api dan mercun juga digunakan untuk membuatkan suasana yang hingar-bingar 

Diharapkan semoga segala gangguan dan provokasi sebegini dapat dihentikan demi kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat dan juga pengunjung yang datang beramai-ramai untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat terkini di ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.





No comments:

Followers