KUALA LUMPUR (28.04.12): Daripada Dataran Maybank, peserta Bersih berjalan ke arah Jalan Tun Perak untuk bersama-sama dengan peserta yang lain di sana.
Kepadatan dalam bersesak-sesak disana tidak menghalang orang ramai untuk meneruskan perjalanan untuk menuju ke destinasi sedekat yang boleh ke Dataran Merdeka. Para petugas daripada Unit Amal PAS telah memberikan perkhidmatan yang terbaik memelihara situasi agar tiada provokasi mahupun kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sambil berjalan bersama-sama, laungan bersih dan kata-kata semangat terus berkumandang diruang udara. Gema paduan suara rakyat begitu terasa apatah lagi seluruh yang hadir tanpa mengira rupa, bangsa, agama dan darjat bersatu dalam menuntut keadilan dalam sistem pemerintahan negara.
SIAPA KATA PENIAGA RUGI AKIBAT HIMPUNAN BERSIH?
Setiap kali rakyat berhimpun, alasan-alasan seperti keselamatan dan kerugian kepada para peniaga digunakan untuk memburukkan tujuan asal himpunan, walhal perkara yang sebaliknya berlaku apabila para peniaga terpaksa berhempas pulas melayani pembeli yang memenuhi ruang perniagaan mereka.
Restoran yang saya kunjungi ini sebagai contohnya, tak menang tangan pemiliknya melayani permintaan pelanggan untuk makan nasi berlauk dan juga air minuman. Berkotak-kotak air minuman mineral yang terpaksa peniaga keluarkan daripada stor simpanan mereka.
Meja yang diletakkan diluar restoran juga penuh sesak
Peniaga pun dah tak terlayan, pelanggan mengaut makanan sendiri
Pinggan pun dah habis, terpaksa gunakan bekas polisterin
Ramai yang terpaksa berdiri kerana tiada lagi tempat duduk
Pinggan nasi penulis yang licin, tinggal tulang saja
Ramai yang membawa anak
Petugas Unit Amal membantu lalulintas
Hishamudin Rais memberikan ucapan penaik semangat
Marina Chin, ahli jawatankuasa Bersih 3.0 disebelah kanan Hishamuddin Rais
Giliran Tony Pua (terselindung disebalik hailer speaker) untuk berucap
Ustaz Abu Bakar Chik, AJK Kerja PAS Pusat juga begitu bersemangat sekali
Chegubard dan juga anggota SAMM menggunakan kenderaan untuk meniupkan semangat Bersih kepada para peserta
Warga asing juga turut seronok berhimpun bersama-sama rakyat Malaysia
No comments:
Post a Comment