IPOH (1.4.12): Sementara menunggu untuk dikira markah dan juga nama pemenang, beberapa acara sampingan telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana temasya sukan tahun ini.
Setelah puas melihat gelagat anak-anak mereka bersukan, kini tiba giliran ibu bapa untuk mengambil bahagian. Pihak penganjur amat berbesar hati apabila ramai ibu bapa yang 'sporting' untuk turut serta dalam acara sampingan yang disediakan.
Selain acara sukan, disediakan juga khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada hadirin yang berada di temasya sukan ini. Pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dan BMI ini dikendalikan oleh para doktor daripada Papisma.
LARI KEPIT BOLA
Acara lari kepit bola ini dikhaskan kepada para bapa sahaja |
Kepit bola ataupun nama popularnya 'Kengkang' |
Memang terseksa nampaknya bapa-bapa ini mengepit |
SIMPUL KASIH
Acara ini dimainkan secara berpasangan, suami dan isteri bekerjasama mencantum atau menyimpul tali rafia yang dicarik halus untuk menjadi yang terpanjang |
Cepat simpul tali tu bang... |
Kacang je ni... |
Simpul macam ni, lepas buat macam ni... |
Cepat abah, orang sebelah punya tali dah panjang tu |
ALAMAK, DAH PUTUS LA YOP. Ok, ok...nanti ana telefon order tali yang baru... |
Ketua Pengadil sedang mengukur tali siapa yang paling panjang |
Yang ini ke kupon melancong tadi tu? |
Pelajar semua dah tak sabar nak ambil hadiah |
PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
Pemeriksaan tekanan darah |
Periksa kandungan gula dalam darah |
Nasihat mengenai BMI yang sesuai |
Meja pemeriksaan kesihatan untuk lelaki juga 'laris' |
Pak Haji ni sihat lagi... |
Ukur ketinggian...dah macam nak masuk askar saja |
Kaunter pemeriksaan daftar pemilih juga disediakan |
'Orang baru' yang payah nak berenggang |
No comments:
Post a Comment