Thursday, April 5, 2012

DUN Sungai Rapat : Radhi Zainon Cabar Hamidah Osman Berdebat

Bakal Calon Pakatan Rakyat Dun Sungai Rapat, Ust Radzi Zainon mencabar Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman berdebat secara terbuka diatas satu pentas yang sama, atas sebarang isu yang dipilihnya sendiri.


Cabaran Radhi adalah ekoran keghairahan Hamidah yang sudah banyak kali turut menganggu di setiap kali Pakatan Rakyat mengadakan majlis ceramah."Kat mana kita buat ceramah, Hamidah pun sibuk buat ceramah dekat tempat kita semata-mata untuk menganggu," terang Radhi."Dengan ini saya cabar Hamidah untuk berceramah atas satu pentas yang sama dengan saya. Sebaik-baiknya diadakan di Arena Square Batu Gajah," tambahnya lagi.Radhi mencabar Hamidah supaya menerima pelawaannya supaya rakyat setempat boleh mendengar hujah masing-masing."Samada mahu berhujah mengenai 'Sifar Setinggan' atau apa saja, kita minta Hamidah sendiri tentukan. Yang penting dia bersetuju berdebat dengan saya," katanya tegas.

Sementara itu, seorang peniaga tempatan, Encik Anuar Ibrahim menyatakan beliau dan beberapa orang rakan niaganya sanggup untuk membiayai makan minum percuma kepada orang ramai yang menghadiri majlis debat antara Radhi dan Hamidah jika benar Hamidah bersetuju dengan pelawaan Radhi tersebut.Kesanggupan Anuar dan rakan-rakannya itu untuk membiayai kos makan minum percuma untuk orang ramai pada majlis tersebut menggambarkan terdapat sebahagian rakyat yang berhajat benar mahu melihat dua orang tokoh tempatan ini berdebat atas pentas yang sama.Dengan cara ini, tidak payahlah lagi Hamidah melalak-lalak dari jauh dan menghabiskan beribu-ribu wang untuk menaja majlis ceramahnya kerana Anuar dan rakan-rakannya akan menaja segala keperluan untuk mengadakan majlis tersebut.Hanya menunggu kesanggupan Hamidah sahaja.Hamidah tidak perlu menyediakan bas untuk mengangkut orang ramai kerana jika majlis itu menjadi kenyataan, orang ramai tentunya akan berpusu-pusu dari seluruh pelusuk negeri Perak.Hamidah patut mengambil kesempatan ini kerana secara tidak langsung akan dapat mempromosikan dirinya sendiri ; melainkan dia seorang yang pengecut dan tidak berani berhadapan dengan Radhi.Menurut Radhi, dia memberikan masa dua minggu kepada Hamidah untuk memberi respon terhadap cabarannya itu. Beranikah Hamidah?

No comments:

Followers