Friday, April 13, 2012

Dato Seri Nizar Jamaluddin Datang Seawal 5 Pagi Bantu Mangsa Banjir Di Kampar



Kampar,13 April, Dato Seri Nizar Jamaluddin bergegas ke daerah Kampar berikutan banjir besar melanda sebahagian besar daerah di selatan Lembah Kinta itu semalam.

Beliau yang mendapat maklumat seawal jam 5 pagi ditemani isterinya,Dati Seri Fatimah Taat dan anggota jabatan amal serta pimpinan PAS kawasan Kampar berusaha membantu mangsa yang terjejas

Menurut pandangan profesional Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai seorang jurutera yang bertauliah, aliran air sungai tersekat oleh kerana pemendapan pasir di tebing sungai yang runtuh menjejaskan paras air yang mudah meningkat.

Kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang,  Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sejak jam 4 pagi.
Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.

Kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.

Kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.

Pada sidang media selepas melawat mangsa banjir, Dato Seri Nizar Jamaluddin menyatakan,kerajaan negeri , melalui Majlis Keselamatan Negeri perlu menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.

Beliau turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera ban sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.

Tambah beliau lagi, dipercayai aktiviti pembalakan haram dan pembukaan hutan secara berleluasa dikhuatiri turut menyebabkan banjir besar berlaku hanya dalam tempoh dua jam selepas hujan lebat pada malamnya.

Beliau juga menyatakan, jabatan amal PAS kawasan Kampar dan kawasan berdekatan dikerah untuk membantu mangsa terutamanya penyediaan makanan, pakaian dan tempat perlindungan sementara yang menggunakan surau dan rumah petugas dan ahli PAS Kampar.

Dato Seri Nizar Jamaluddin sendiri memasak makanan untuk mangsa yang terjejas.

Jabatan amal PAS  yang mengagihkan tugasan juga telah membuat perancangan rapi bagi memastikan seluruh mangsa mendapat makanan, termasuklah petugas banjir, media yang membuat liputan tanpa mengira fahaman politik.






No comments:

Followers