Monday, April 23, 2012

MENJEJAKI ISU RAKYAT TERPINGGIR DI KAMPUNG BENDERA DUN SUNGAI RAPAT

Menyedari peri tingginya tanggung jawab yang digalas sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat saya memilih untuk meneruskan tugasan menjejaki isu-isu rakyat yang masih belum diselesaikan oleh pihak ADUN Sungai Rapat serta kerajaan negeri dan tempatan.
Pada 21 April 2012 Pusat Khidmat bersama rombongan PAS Kawasan Batu gajah serta Unit Penerangan MTD Sungai Rapat Setiausaha Kerja Lajnah penerangan PAS Negeri Perak telah berada di Kampung Bendera yang berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat untuk mendengar sendiri permasalahan keperluan asasi masyarakat kampung di sana.
Melalui tinjauan pihak kami ke rumah wakil penduduk Kampung Bendera yang dikenali sebagai Saudara Halil, beliau memaklumkan bahawa beberapa jalan penting di kampung tersebut belum disediakan lampu jalan walaupun telah puluhan tahun membuat permohonan. Malah lebih malang dan menyayatkan hati, beberapa penduduk membuat pendawaian sendiri dengan memasang lampu kalimantang di tepi pokok sepanjang jalan. Disebabkan kawasan rumah berkenaan yang gelap dengan hutan kecil dan pokok, menimbulkan kebimbangan beberapa warga emas yang turut menggunakan jalan itu pada awal pagi dan waktu malam.
Kemudahan jalan tar di beberapa jalan di kampung berkenaan juga seolah-olah dinafikan hak. Saudara Halil memberi tahu beberapa jalan di kampung itu tidak diturap semula atau dibaiki lebih 20 tahun. Jalan yang turut dilalui oleh bas sekolah turut menghadapi masalah dan ia boleh menjejaskan keselamatan para pelajar yang menggunakan kemudahan tersebut.
Tinjauan kami juga mendapati sistem perparitan di beberapa halaman rumah tidak memuaskan. Bayangkan keadaan longkang yang hanya layak wujud pada tahun 1960an kini masih kekal di kampung yang berada di sebuah negeri yang membangun pesat!
Persoalan kami adakah YB Dato' Hamidah yang melihat DUN Sungai Rapat di sudut komersial sahaja sehingga hanya menumpu pemusatan pembangunan di Seksyen 18 dan Medan Gopeng sahaja. Sedangkan di kampung yang turut diwakili oleh beliau kawasannya cukup dhoif.
Menurut beberapa penduduk Kampung bendera YB Dato' Hamidah tidak pernah turun meninjau sendiri 3 permasalahan utama yang kami gariskan ini. Malah janji untuk melihat sendiri kawasan berkenaan hanya bagaikan menanam tebu di bibir sahaja.
Penduduk kampung berkenaan bertekad untuk menukar undi mereka selepas kesal dengan layanan hening pihak berkuasa terhadap rayuan dan surat bertulis yang mereka kemukakan.
Pihak kami diberi peluang untuk melihat sendiri salinan surat kepada pihak ADUN malah ianya disertakan juga dengan himpunan tandatangan penduduk kampung berkenaan.
Adakah disebabkan tulisan mereka tidak berbahasa Melayu tinggi, ejaan yang tidak kemas menyebabkan pihak ADUN menyepi dan meminggirkan rakyat bawahan? Sedangkan suatu ketika dahulu pemerintahan Saidina Umar Al Khattab sanggup mendengar rintihan rakyat bawahan walaupun dinyatakan oleh rakyat yang berpendidikan rendah.
Kami bertekad untuk mendedahkan permasalahan ini serta mendesak kerajaan untuk menyelesaikan isu tertunggak berkenaan.
Janganlah kita hanya berselogan tidak meminggirkan seorang pun rakyat sedangkan hakikatnya kita hanya mementingkan kawasan rakyat yang memberi nilai ringgit dan nama sahaja kepada kita.
Pihak kami juga akan terus berjuang suara marhain sebegini waluapun tidak berada di kerusi eksekutif kerana inilah janji kami atas nama Parti Islam SeMalaysia.
Radzi Zainon
Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat




sumber: warta sg rapat

1 comment:

Alhamdulillah said...

Pihak kami juga akan terus berjuang suara marhain sebegini waluapun tidak berada di kerusi eksekutif kerana inilah janji kami atas nama Parti Islam SeMalaysia.

Radzi Zainon

bunyinya macam prihatin sangat cuba tengok ini
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.coam/2012/04/sebelum-berangan-nak-jadi-calaon-dun.html

Followers