Saturday, April 21, 2012

Kejayaan ceramah di Sg Rokam tanpa gangguan


IPOH (19.4.12): Pas Cawangan Sg Rokam telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak bukan hanya kerana telah berjaya mengadakan ceramah isu semasa tetapi juga kerana berjaya memperdayakan Hamidah Osman yang masih mahu mengganggu program kali ini. Program bacaan Yasin tajaan Hamidah itu hanya selang 3 rumah sahaja daripada tapak asal ceramah Pakatan, ditinggalkan keseorangan tanpa memberi peluang untuk Hamidah mengganggu dengan pekik lolongnya sepertimana biasa. Kisah mengenai kejayaan strategi Pas Cawangan Sg Rokam itu boleh dilayari [DISINI].

Ceramah yang dijayakan oleh Saudara Radzi Zainon, YB Dr Lee Boon Chye, YB Dr Mujahid Yusuf Rawa dan juga Sdr Rafizi Ramli kali ini lebih tenang dan selesa buat orang ramai yang hadir. Mereka lebih suka bersantai sambil mendengar penerangan demi penerangan mengenai isu semasa dan negara daripada penceramah-penceramah tersebut. Sebagai manusia dan warganegara yang bertamadun, memang suasana tenang dan aman yang sebeginilah yang di harapkan oleh rakyat.

Kehadiran yang bertali arus ke tapak ceramah yang diubah ke Pekan Razaki amat membanggakan pihak penganjur. Walaupun terpaksa beralih arah daripada tapak asal yang diwar-warkan sebelum ini, ianya sedikit pun tidak menyusahkan orang ramai kerana kerjasama daripada pihak unit amal kawasan Gopeng telah menjalankan tugasan mereka dengan begitu berkesan dan baik sekali.

Sdr Radzi yang juga selaku pengacara bagi ceramah malam ini telah membawa isu-isu tempatan bersama-sama YB Dr Lee Boon Chye yang sempat menyelitkan isu-isu yang dibangkitkan di dalam parlimen.

Manakala YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar pula menekankan penerangannya mengenai beberapa rang undang-undang (RUU) baru yang dibentangkan di parlimen terutamanya pengganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sdr Rafizi Ramli, seorang Pengarah Strategi PKR pula menyentuh isu lembu NFC dengan lebih mendalam dan terperinci. Rakaman penerangan kedua-dua penceramah hebat ini akan disiarkan di dalam posting yang akan datang.

YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng

Orang ramai yang tiba awal ke tapak ceramah, selesa bersantai mendengar tanpa hiruk pikuk daripada gangguan pihak yang satu lagi

Khidmat kaunter semakan pengundi juga disediakan dengan kerjasama WAJAH (Wanita Keadilan Gopeng)

Petugas yang gigih membantu orang ramai menyemak daftar pemilih

Sdr Radzi memberikan penerangan mengenai isu tempatan, Dun Sg Rapat

YB Dr Mujahid Yusuf Rawa memberikan penerangan panjang lebar tentang rang undang-undang baru  yang dibentangkan di parlimen


Banyak implikasinya yang perlu dilihat daripada pelbagai sudut mengenai undang-undang baru yang menggantikan ISA. Selepas menyampaikan ceramahnya, YB Dr Mujahid bergegas pula ke Kg Tengku Hussin untuk berceramah di sana

Sementara menantikan ketibaan Sdr Rafizi daripada ceramah berkembar di Kg Tengku Hussin, Ipoh , Sdr Radzi telah menjemput 2 orang bekas tahanan ISA untuk memberikan sedikit kisah pengalaman mereka



Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR

Isu lembu NFC telah membuka mata ramai rakyat Malaysia

Di akhir ceramah, orang ramai bersalaman dengan Sdr Rafizi


Penulis sempat bergambar dengan Sdr Rafizi Ramli


2 comments:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Ajijoi bekerja di Public Bank di Jalan Yang Kalsom.

PKR dengar ada suatu cerita sahih tentang Ajijoi di tempat kerja tersebut.

Memang hebat ahliPAS ini.

Kita tak sabar2 hendak tahu pendedahan Blog Sungai Rapat.

Nampaknya kita berpeluang melihat Ajijoi bekerja di situ.

Kita kenal Ajijoi tentang gaya dan kecenderungan berpolitik.

Walaupun PKR komen ruangan ini tapi Ajijoi tak kenal orang PKR.

Apa yang Ajijoi tahu tentang PKR hanyalah PKR itu parti satu kelambu dengan PAS dan DAP.

Itu sahaja.

jumpa lagi di bank.

Sekian.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Kita pun kenal siapa Rafizi yang gemar bercerita mengenai LEMBUnya.

Dulu Ajijoi bercerita tentang KATAK sekarang Rafizi Ramli komen pasal LEMBUnya yang banyak SAPInya.

Malangnya kau orang berdua bukannya penternak KATAK dan LEMBU.

Kalau nak cerita tentang KATAK jangan lupa pasal peristiwa anwar dengan 30 EKOR KATAK PURU dalam filem 16 September dan dalam bulan yang sama dalam tahun 1998 beliau menjadi orang yang pertama melompat keluar dari KANDANG UMNO.

Masa itu Ajijoi tak tahu pasal KATAK dan Rafizi pula tak tahu LEMBU mana yang hendak diternak.

Oleh kerana Ajijoi kerja di bank bolehlah Ajijoi rekomen mana satu projek KATAK dan LEMBU yang hendak dibiayai kepada Rafizi.

Projek KATAK dan LEMBU sangat penting kepada PR (tak berdaftar) demi kesinambungan parti itu dalam pilihanraya ke 13 ini.

Tanpa KATAK dan LEMBU hilanglah segala2nya buat PR (tak berdaftar).

Jadi pembiayaan bagi projek penternakan KATAK dan LEMBU adalah sangat penting untuk diluluskan.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...