Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0: Lautan manusia melaungkan suara rakyat di Masjid Jamek


KUALA LUMPUR (28.04.12): Lautan manusia yang berantaian daripada Dataran Maybank sehinggalah ke Dataran Merdeka membentuk satu kuasa 'Suara Rakyat, Suara Keramat'. Dianggarkan lebih 300,000 orang berjaya berhimpun di sini hari ini sekaligus mencatatkan Bersih 3.0 sebagai himpunan paling berjaya setakat ini.

Keadaan yang begitu sesak menyukarkan orang ramai untuk duduk bagi menjayakan tema Bersih 3.0 kali ini  iaitu 'Duduk & Bantah'. Walaupun ramai yang duduk tetapi masih ramai yang gagal berbuat demikian kerana tiada lagi ruang untuk melabuhkan punggung dicelah-celah lautan manusia itu.

Suasana yang panas diterik mentari itu bertambah suhunya dengan laungan 'Bersih' daripada peserta-peserta semua. Beberapa slogan lagi seperti 'Reformasi' & 'Stop Lynas' berselang-seli dari bibir ke bibir ramai.





Penulis sangkakan ada yang telah ditahan didalam trak polis, rupanya mereka menaiki trak yang ditinggalkan itu untuk mendapatkan gambar yang lebih menarik lagi

Peserta bersorak dan bertepuk tangan apabila polis mula menggerakkan trak mereka untuk meninggalkan tempat itu





Kelihatan dihujung sana, YB Nurul Izzah sedang memperkatakan sesuatu kepada hadirin

No comments:

Followers