IPOH (1.4.12): Acara yang paling dinanti-nantikan pun bermula. Bukan sahaja para pelajar yang terlibat merasakan keseronokannya, ibu-bapa yang hadir juga bagai tidak sabar untuk menyaksikan anak-anak mereka beraksi.
Acara yang pertama dilangsungkan adalah Isi Air Dalam Botol. Kesemua acara yang dipertandingkan akan disertai oleh pelajar lelaki dan juga perempuan.
ISI AIR DALAM BOTOL
| Kumpulan pertama memulakan acara sukan mereka |
| Kesemua mereka telahpun menjalani latihan bagi acara sukan ini setiap hari selama 2 minggu |
| Masing-masing punya strategi dan cara tersendiri |
| Botol yang telah penuh berisi air perlu dibawa berlari ke garisan penamat |
| Kumpulan petugas yang memastikan catatan mata bagi setiap pemenang |
| Pelajar perempuan pula mengambil tempat |
| Sekuat tenaga untuk sampai ke tempat botol dan air |
| Kusyuk menjalankan tanggungjawab kepada pasukan |
| Teliti sungguh adik ini |
| Ketua pengadil, Sdr Nadzrul sedang memberikan arahan sebelum setiap acara dijalankan |
| Gerun sungguh adik-adik ini mendengar arahan yang diberikan Ketua Pengadil, macam komando agaknya |
![]() |
| Balingan yang tepat ke dalam bakul |
| Pelajar perempuan mendapatkan bola mereka masing-masing |
| Sopan santun membaling bola |
| Ibu bapa memerhatikan gelagat anak-anak mereka daripada bawah khemah |
LARI 30 METER - INDIVIDU
| Guru Pasti memberikan arahan di saat-saat terakhir |
| Masing-masing memecut laju |
| Berlari pecut pun masih boleh tersengeh |
| Alamak...terpaksa tekan brek sikit untuk mengelak daripada terlanggar jurugambar |
| Nama dicatat mengikut kedudukan kemenangan |
| Pelajar perempuan juga tidak kurang hebatnya |
| Sempat menoleh untuk memastikan kedudukan |
LARI MEMBAWA BOLA
| Kepit dan rempit |
| Senang saja berlari sambil membawa bola ni |
| Seronoknya bila dah nampak garisan penamat |
| Walaupun ketinggalan, namun masih tetap meneruskan acara sehingga ke akhirnya |
| 'Mr Potato' yang sentiasa kontrol macho |

No comments:
Post a Comment