Tuesday, April 24, 2012

HAMIDAH MEMBISU ISU TANAH BENGKEL DI KAMPUNG SERI JAYA

Dalam meneruskan Misi Menjejaki Isu Rakyat Terpinggir yang dianjur khusus oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat, pada 21 April 2012 yang lalu kami meneruskan agenda dengan menyiasat sendiri rintihan daripada kalangan pengusaha bengkel besi dan kereta sepanjang jalan utama Kampung Seri Jaya.
Sejurus sahaja saya mendapat maklumat berkenaan isu tanah bengkel yang bakal dikosongkan, saya bergegas ke sana bersama Rombongan PAS Batu Gajah dan Unit Penerangan MTD Sungai Rapat.
Tuan Haji Sarjee iaitu salah seorang pemilik bengkel besi di hadapan jalan menghala ke Pasaraya TF itu telah memaklumkan bahawa pihak pemaju ingin memindahkan kesemua bengkel tersebut ke suatu kawasan yang lebih jauh daripada ‘market coverage’ mereka. Dengan hanya diberi tempoh masa dua minggu dan pampasan RM 5000 mereka diminta berpindah ke kawasan baru yang disediakan 4 tiang berbumbung tanpa ada dinding untuk melindungi peralatan bengkel mereka!
Mereka telah mencari rezeki di kawasan berkenaan selama lebih belasan tahun malah tanah yang mereka duduk hari ini bukanlah bertaraf setinggan kerana diberi hak dan kebenaran oleh Syarikat Timah Jerneh yang dahulunya memajukan kawasan perlombongan berdekatan.
Memandangkan kawasan tersebut telah diserahkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada pemaju baru, pihak pemaju mengarahhkan pula mereka berpindah sedangkan mereka sebenarnya dalam proses menuntut geran tanah berkenaan.
Lebih malang apabila isu tanah sebegini tidak mendapat perhatian YB Dato’ Hamidah Osman selaku ADUN kawasan berkenaan malah menurut Tuan Haji Sarjee YB Dato’ tidak pernah menjenguk kawasan bengkel-bengkel berkenaan.
Pada pengamatan saya, usaha para pengusaha bengkel tersebut perlu diberi perhatian kerajaan memandangkan mereka terdiri daripada kalangan bumiputera yang sanggup berjuang mempertahankan perniagaan sendiri. Apalah salahnya UMNO selaku parti yang mengaku membela Melayu untuk celik membuka mata dan turun ke bawah melihat sendiri rintihan kaum Melayu yang berniaga di sana.
Pihak kami berjanji akan terus mendesak kerajaan BN untuk menyuarakan hasrat rakyat sekaligus berjanji tuidak akan mealukan agenda yang sama sekiranya PAS diberi mandat mentadbir kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat.
Radzi Zainon
Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat


No comments:

Followers