Friday, April 27, 2012

Peniaga Melayu dizalimi Hamidah


Ingat tu, 'Pembangunan Usahawan' dan bukan 'Perobohan Usahawan' seperti mana yang Hamidah tonjolkan dirinya sekarang. Beginikah sikap seorang Ketua Wanita Umno melayan orang yang berharap terhadapnya?
Terlalu banyak aduan yang diajukan oleh penduduk kampung Pengkalan Pegoh kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengatakan pemilik haram kedai itu telah membina terlalu dekat dengan rumah mereka ....demikian lapor blog penjilat Hamidah.

Rujuk [DISINI] untuk kisah perobohan gerai makan Melayu ini.

‘rumah mereka’ Tidak masuk akal jika semua orang kampung nak komplen kat MBI mengenai kedai tersebut. Waima yang terlibat hanyalah sebuah rumah yang dibelakang kedai makan itu sahaja yang terlibat.

Secara lojiknya, tuan rumah dibelakang kedai makan ini sahajalah yang bernama Shahar bin Mohd Mokhtar (gambar kiri) yang patut komplen sebagaimana aduannya kepada saya, bahawa bangunan kedai itu menghalang pandangan rumahnya.

"Kedai makan itu pada mulanya hanyalah sebuah bangunan yang kecil sahaja.Tetapi lama kelaman semakin membesar hingga menghalang rumahnya sebanyak 60% , sementara kereta pelanggan kedai tersebut menghalang sebanyak 40%," terang Shahar. Sila rujuk lakaran berikut:

Lakaran kedudukan kedai dan rumah berkaitan

Saya bersetuju dengan Shahar. Beliau mempunyai alasan yang kukuh dan wajar untuk mengadu kepada MBI berhubung perkara tersebut.Itu hak beliau. Saya sendiri akan berbuat demikian jika saya dalam keadaan seperti mana Shaha.

Walau bagaimana pun, Encik Adnan, suami pemilik kedai makan tersebut, perlu juga di berikan pertimbangan yang saksama.

Kalau seseorang penjenayah itu didapati bersalah sekalipun, hakim perlu menjatuhkan hukuman yang wajar dan setimpal, bukan sembarangan ikut sesuka hati sahaja.

Tetapi inilah yang telah berlaku keatas Adnan dan isterinya yang bergantung hidup dengan kedai makan tersebut sejak 17 tahun yang lalu. Kezaliman telah dilakukan ke atas mereka hanya kerana kegagalan seorang Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman dalam menunaikan janji yang selama ini mereka bergantung harap.

Kalau Shahar tidak menambah bangunan rumahnya itu terlalu ke hadapan hingga sampai ke buju sempadan tanah miliknya dan hampir ke dinding kedai yang sudah sedia ada di situ, hal ini rasanya tidak akan timbul.

Shaha mempunyai hak demi untuk keselesaan
dan untuk memajukan keluarganya juga.

Shahar sebenarnya bersedia bertolak ansur dengan Adnan. Tetapi kerana sikap Adnan yang menurut Shahar, amat tidak disenanginya. Sikap bermusuhan Adnan terhadapnya dan beberapa masalah dan gangguan terhadapnya melalui beberapa insiden yang mencemar nama baiknya menyebabkan beliau hilang sabar dan membuat komplen mengenai kedai makan tersebut.

Shahar baru sahaja membuat bangunan tambahan berupa kedai yang bersambung dengan kediamannya itu sebagaimana yang terdapat sekarang ini.

Difahamkan, beliau membeli rumah dibelakang kedai itu sekitar 2000 lalu dan setelah mendapat duit EPFnya, beliau telah menambah bahagian hadapan bangunan rumah itu untuk dijadikan kedai sebagaimana yang terdapat sekarang ini.


Saya tidak tahu, sama ada bangunan rumah kediaman itu telah mendapat kelulusan untuk dijadikan bangunan kedai atau tidak.Kalau belum lagi, rasanya, tidak menjadi masalah pun, Shaha tentu akan usahakannya.

Begitu yang selayaknya. Orang kita perlu dibantu dan diuruskan dengan baik supaya mereka dapat hidup dengan lebih aman dan sempurna. Perlu dibantu supaya mereka maju dalam perekonomian mereka.

Walau apa pun, persoalan yang pokok sekarang ini bukan soal warga asing yang menyewa kedai itu. Tidak kira berapa jumlah ringgit yang orang Siam tu bayar sewa kepada Adnan.

Tetapi persoalannya ialah dimana janji-janji Hamidah Osman? Dia adalah seorang Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita.

Ingat tu, 'Pembangunan Usahawan' dan bukan 'Perobohan Usahawan' seperti mana yang Hamidah tonjolkan dirinya sekarang. Beginikah sikap seorang Ketua Wanita Umno melayan orang yang berharap terhadapnya?

Hamidah gagal untuk menyempurnakan janjinya iaitu untuk menangguhkan tindakan meroboh kedai-kedai makan Melayu di rizab jalan tersebut sehingga ‘Medan Selera’ cadangannya itu diwujudkan ditempat yang berhampiran.

Tindakan meroboh hanya dikenakan keatas kedai Shaha juga menjadi tanda tanya; sedangkan ada beberapa kedai lain di situ yang telah turut sama menerima ‘notis roboh’ sebelum ini.

Bagaimana pula dengan kedai-kedai yang ada di Pasir Pinji juga di Pasir Puteh? Cer ceritakan kepada rakyat wahai Hamidah.Lihat gambar berikut:

Apakah ini tidak menganggu pengguna jalanraya?

Kenapa hanya gerai makan orang Melayu dijadikan mangsa?

Mengenai nama Lot bin Amin itu, saya baru menyemak semula rakaman yang saya buat. Dan telah membuat pembetulan pada entri kelmarin.

Nama Lot bin Amin itu sebenarnya ialah Lot bin Hamid. Pandai-pandai pula blogger penjilat Hamidah itu kata 'nama orang Siam yang menyewa kedai tuh’ ha! ha! ha!

Nama ini sebenarnya adalah nama kepada tuan asal kedai itu yang telah menjualkan kedai itu kepada Adnan, dan menjual rumah yang di belakang kedai itu kepada Shahar.

Hamidah perlu jelaskan kenapa dia tidak mengkotakan janji-janji beliau kepada peniaga seperti Adnan ini?

Wajarkah peniaga Melayu seperti ini dilayan sedemikian rupa? Sedangkan ramai lagi peniaga-peniaga di Pasir Pinji dan juga di Pasir Puteh yang berniaga diatas tanah rizab jalan tapi dibiarkan sahaja.

sumber: AlHusseyn

No comments:

Followers