Thursday, April 26, 2012

Sure Heboh: Kerajaan BN Perak khianati nasihat Mufti

Ipoh, 26 April, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa PAS Perak kesal dengan kerajaan Barisan Nasional Perak yang membenarkan penganjuran Sure Heboh yang telah difatwakan haram oleh Mufti Negeri Perak sendiri pada tahun 2004.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa, sebelum ini Mufti Negeri Perak, mengatakan bahawa Sure Heboh adalah haram kerana mengajak kepada maksiat, beliau menyatakan demikian selepas Muzakarah Ulama 2004, Sempena Keputeraan Sultan Perak ke 76. 

Sehubungan dengan itu, kita perlu fahami bahawa unsur yang mengajak kepada kemungkaran atau maksiat merupakan perkara yang melanggari dasar maqasid syariah (tujuan pensyariatan) iaitu, ia merosakkan agama, dan berkemungkinan merosakkan maruah. Huraian perkara ini telah diterangkan di dalam Siyasah Syar'iyyah karangan Dr Yusof al Qaradhawi dan lain-lain, jelas Ustaz Abu Bakar Hussain.

Memetik kata-kata beliau, "Di dalam Min Fiqhil Aulawiyat karangan Dr Majdi Hilali menerangkan bahawa unsur-unsur yang melanggari maqasid syariah ini merupakan keutamaan (priority) yang tinggi. Iaitu, keutamaannya dicegah atau dihentikan adalah antara keutamaan yang tinggi"

"Di dalam kitab Tayyarat Fikriah Muasarah karangan Dr Taha Hubaisyi (pensyarah Universiiti Al Azhar) mengatakan bahawa unsur hiburan yang merosakkan muda mudi merupakan salah satu daripada senjata Zionisme bagi menghancurkan umat Islam, dan serangan ini dinamakan Hedonisme"

" Di dalam Mu'jam Falsafi cetakan Pustaka Madbuli, Kaherah, telah menerangkan tentang Hedonisme, yang memperkenalkan hiburan, atau keseronokan yang total kepada individu. Sehinggakan mereka akan jauh daripada pegangan agama mereka, dan hubungan mereka terhadap masyarakat dan keluarga akan rosak." 

Jadi, pihak pimpinan Barisan Nasional perlu tahu bahawa dengan penganjuran aktiviti maksiat seperti ini akan mengundang maksiat dan merosakkan institusi kekeluargaan, bahkan akan menjauhkan anak muda daripada tanggungjawab mereka yang bakal menjadi tunggak Negara, tegas beliau.

http://perak.pas.org.my/


No comments:

Followers