Sunday, April 22, 2012

Mana wang Khairat kematian untuk orang melayu Sungai Rapat?

Sungai Rapat 22 April 2012- Rata-rata rakyat DUN Sungai Rapat terutama daripada kalangan kaum melayu menganggap YB Dato' Hamidah sebagai pemimpin yang hanya pandai menabur janji manis. Hal ini didedahkan oleh Ustaz Radzi Zainon selaku Penyelia DUN Sungai Rapat kepada Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat berkenaan janji Dato' Hamidah untuk melebarkan skim Khairat Kematian ke seluruh negeri Perak.
Skim Khairat kematian Sungai Rapat pernah dilancarkan oleh beliau pada bulan Jun 2009 menjanjikan bantuan khairat urus selenggara jenazah atau mayat sehingga RM 3000 bagi setiap kes kematian. Malah beliau mensasarkan untuk mencapai target 2000 peserta khairat ini.
Namun yang menjadi persoalannya adakah program kebajikan ini masih kekal sehingga kini?
"Menurut laporan Sinar Harian 4 Ogos 2009 dan 1 Oktober 2009, hanya kaum India dan Cina sahaja yang menerima bantuan ini". Pihak kami gagal mengesan sebarang berita penerimaan bantuan daripada kalangan kaum Melayu. Malah beberapa tinjauan rambang mendapati YB Dato' hamidah hanya memilih beberapa orang sahaja kaum bukan melayu untuk menerima bantuan tersebut" kata Radzi kepada pihak Unit Penerangan.
"Adakah bantuan kepada kaum bukan melayu ini hanya untuk menutup kesilapan beliau yang pernah menghina kaum India atas isu pukul ular suatu ketika dahulu?" tambahnya lagi.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat




1 comment:

Alhamdulillah said...

Ini jawapannya
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/04/khairat-kematian-samada-radhi-zainon.html

Followers