Monday, April 16, 2012

PAS Perak junjung kasih kepada YDP Agong baru


PAS Perak syukur, menjunjung kasih dan tahniah ke bawah DYMM Tuanku sempena pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali keduanya setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

PAS Perak berharap ke bawah DYMM Tuanku dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa di atas singgahsana memerintah negara.

Semoga Allah SWT memelihara ke bawah DYMM Tuanku sebagai payung negara, penyatu rakyat Malaysia dan pemelihara agama Islam sepanjang pemerintahan Tuanku.

PAS Perak juga mendoakan ke bawah DYMM Tuanku kekal memerintah dengan penuh keadilan dan saksama dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan.

PAS Perak akan sentiasa menyokong dan menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku.

Akhirnya, PAS Perak mendoakan kesejahteraan ke bawah DYMM Tuanku dan DYMM Raja Permaisuri Agong terus berkekalan.

Ustaz Abu Bakar Hussian
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...