Tuesday, December 8, 2009

Rampasan kuasa di PAFA hari ini?

8 DEC Setelah pasukan bolasepak Perak dibawah PAFA (Perak Football Association) diterima untuk bersaing didalam Liga Super musim 2010 dan majlis menandatangani kontrak pegawai dan pemain untuk musim itu nanti selesai, angin bertiup semakin kencang mengatakan terdapat sebilangan ahli majlis didalam PAFA yang tidak senang duduk dan berpakat untuk membuat suatu perkara yang menggugat kelancaran pasukan Kejor Yop Kejor menghadapi musim baru yang bakal tiba.

Hari ini akan berlangsungnya mesyuarat ahli majlis PAFA jam 2.00 petang di Pejabat PAFA di Jalan Fair Park, Ipoh.

Dijangkakan akan berlaku kekecohan apabila dikatakan terdapat pihak yang akan membawa usul untuk menyingkirkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin daripada jawatan Presiden PAFA yang dipegangnya dengan jaya selama ini.

Pihak-pihak ini amat tidak senang dengan kelancaran perjalanan Pafa selama dibawah tadbir Dato Seri Nizar kerana tiada peluang untuk mereka mengaut untung sepertimana biasa dimasa-masa yang lepas dibawah pemerintahan presiden-presiden daripada Umno dahulu yang menjadi punca sebenar mengapa PAFA menanggung hutang sebanyak RM4 juta lebih.

Kejayaan Dato Seri Nizar membayar serta mengurangkan jumlah hutang lapuk itu amat ditakuti sekali oleh puak-puaka ini.

Berjaya rampasan kuasa yang akan dilakukan hari ini terhadap jawatan Presiden PAFA mengulangi rampasan kuasa yang mereka lakukan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak ini? Sama-samalah kita nantikan 'wayang' mereka yang kononnya memperjuangkan sukan bolasepak dinegeri Perak ini.

Jom kita 'Kejor Yop Kejor' mereka berambus jauh daripada arena sukan dinegeri ini terutamanya sukan bolasepak yang amat kita semua minati.

Sayangi pasukan bolasepak kita dan kekalkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin sebagai Presiden PAFA yang paling berwibawa dan bersih didalam sejarah bolasepak negeri Perak tercinta.

8 comments:

mat tip said...

mne tau nizar yg byr hutang pafa??
kerajaan yg kumpulkan wang utk byr hutang pafa..
jgn la nk libatkan politik dlm sukan bola sepak ni..

Azizul Nizam said...

Bab jangan politikkan bolasepak tu memang saya setuju sangat.

Tolong Mat Tip bagitau kat kengkawan Mat Tip yang selalu berpolitik tentang bola kat dalam media tu. Sinar Harian pun selalu siarkan kenyataan-kenyataan politik mereka tentang Pafa tu.

yop said...

aku sokong hangpa..mmg x patut sukan ni di politikkan..kalo x lingkup..lg pn kita kna igt sapa yg perjuangkan PAFA dulu sebelum puak ni pegang tampuk PAFA..kna pikir la bro..toi x?

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

aku pun dah lama x p stadium,kut-kut nak ambik semangat balik..

tapi kalo 'hantu raya' nak tuko presiden baru alamatnya aku nak tuko main pingpong plak lah.

madi said...

kena ingat la bro, DS Nizar ambik PAFA pun tengah tanggung banyak hutang. Bila hutang dah kurang, puak-puaka nak rampas balik.. Nak kaut untung atas usaha org lain. Hari2 paper Umno hentam DS Nizar. Apa yg x politik nya..??

mulutmelayu said...

Nizar lantik Ketua Pemuda PAS Perak jadi manager ke?

Bila lihat janggutnya saja macam Taliban tu tentu pemain pasukan lawan pun akan lemah lutut.

mat tip said...

ello bro madi..
jgn la nk politik2 lg..
igt la kerajaan yg langsaikan hutang pafa demi pasukan bolasepak perak ni..
bio la perak bersih dr politik..
bio perak digeruni cm dlu..
jgn la nk politik da..!!!!!sistator

eZul said...

dari dulu lagi yang pegang team perak semuanya org politik....contoh.. raja ahmad dari umnoooooooo...datuk jamal nasir umnooooo...tak gitu.lepas tu bertikam dalam PAFA nak cari pengaruh le....tak percaya tanya dua ekor tu...

Followers

Video ajijoi

Loading...