Friday, December 25, 2009

Sejauh mana Barisan Nasional menghargai ulama’?

Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 Hijriah Malaysia diberikan kepada Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi. Pertemuan 20 minit Dr Yusuf dengan Perdana Menteri dihebahkan sebagai tanda aras bahawa BN adalah parti yang menghargai sumbangan besar para alim ulama’.

Saya berpendapat Pengerusi Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia itu sedar dan peka dengan nasib malang alim ulama’ di Malaysia. Walaupun pada akal dangkal kita menganggap bagaimana Dr Yusuf Al Qaradhawi mampu mendapat maklumat tempatan daripada blog berbahasa melayu di Malaysia, namun sebagai ulama’ antarabangsa, akses maklumat beliau merentasi negara dan bahasa.

Pada saya pemberian buku Fiqh Jihad oleh Al Qaradhawi kepada Najib adalah satu nasihat terbuka kepada beliau. UMNO selaku parti sekular telah lama memanipulasikan aspek jihad sehingga ia sinonim dengan semangat keganasan, bersalah atau pelampau. Inilah label terhadap PAS dan ulama’nya yang diberi oleh UMNO sejak awal lagi.

Dr Yusuf juga pasti sedar betapa institusi fatwa di Malaysia hanya dijadikan mainan tanpa diberi perhatian penataran legitimasinya. Fatwa diperlekeh dan ulama yang lantang menegur kemungkaran akan dipecah, digam dan dihambat seperti ayam daripada aktiviti dakwah mereka.

Walaupun dinyatakan Ulama besar ini ada menasihati kerajaan Malaysia agar mengekalkan kefahaman Islam yang baik di kalangan rakyat, hakikatnya UMNO perlu malu dengan diri sendiri apabila menerbitkan ajaran sesat Islam Hadhari sebelum ini.

UMNO menunggang ulama’ untuk kepentingan mereka. Lihat sahaja bagaimana Buku Hadharah Islamiyyah (Tamadun Islam) yang dikarang oleh Dr Ramadhan Al Buti begitu mudah diterjemah kepada Islam Hadhari (Islam tamadun) dan dijadikan bacaan wajib bagi pelajar KISDAR/KUIS pada suatu masa dahulu. Kelab-kelab Islam Hadhari ditubuhkan untuk menyaingi Persatuan Mahasiswa Islam kampus-kampus yang sekian lama menyebarkan dakwah di kampus.

Jabatan Perdana Menteri pernah menerbitkan Mastika hadis sebagai buku rasmi Hadis terbitan kerajaan. Hakikatnya sekian banyak hadis –hadis yang dihimpun oleh kerajaan itu dilanggar mudah oleh Dr Mahahir suatu ketika dahulu.

Bagi saya, penganugerahan Tokol Maal Hijrah kepada Dr Yusuf sama sahaja seperti sambutan Musabaqah Al Quran tahunan di Malaysia. Bacaan lantang dan khusyuk tetapi ‘haram’ tidak dipandang oleh para menteri malaysia. Mungkin penganugerahan ini boleh mengurangkan malu Malaysia apabila memilih hero Hindustan ‘Shah Rukh Khan’ sebagai penyandang gelaran dato’ tanpa UMNO sedar nilai estitika dan maruah gelaran Dato’ yang diwarisi sejak kesultanan Melayu silam.

Saya rasa, jika Najib membaca sebahagian buku-buku Dr Yusuf, mungkin tidak tergamak beliau memanggil Tokoh Ulama’ besar ini hadir untuk menerima anugerah dari sebuah kerajaan yang anti ulama’.

Tidak ada satu indikator UMNO menobatkan ulama’. Rakyat tidak perlu tiba-tiba menjadi terkesima menganggap Najib sebagai pencinta ulama’. Ingat, ulama’ dan pencinta ulama’ isteri mereka menutup aurat.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ajk Dewan Pemuda PAS Gopeng

Hadapan 360 MKJ Kampung Terang

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang

017 6291368

No comments:

Followers