Sunday, December 20, 2009

Konvensyen Blogger Pas '09: Temuramah media bersama Prof Madya Dr Abu Hassan

TAMAN MELEWAR 20 DEC Kehadiran Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, seorang pensyarah di Universiti Malaya untuk membentangkan kertas kerjanya di Konvensyen Blogger Pas disini telah menarik minat pihak media dan juga bloggers untuk menemuramah beliau mengenai media baru yang kini menguasai medan informasi terkini.

Wartawan bernama dan Utusan sedang menemuramah Dr Abu Hassan



Para blogger juga tidak ketinggalan membuat rakaman

*Rakaman temuramah sedang diproses...


Siapakah Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (UM)

Hassan Hayastani
BA (Malaya) MA (Malaya) PhD (Vienna)

Dilahirkan tanggal 2 Ogos di Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis (Inggeris) Kebangsaan Ketereh, Kelantan (sekarang dinamakan Sekolah Seri Ketereh), kemudian ke Sekolah Menengah Sultan Ismail (SMSI), seterusnya ke Maktab Sultan Ismail (SIC), dan Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan

Melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan beroleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), dan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Sastera, dan seterusnya ke Universiti Vienna, Austria dan beroleh Ijazah Doktor Falsafah.

Bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya sejak 1995 hingga ke jawatan sekarang sebagai Profesor Madya. Bidang pengkhususan ialah Filem dan Penyiaran, termasuk Retorik, Cultural Studies dan Future Studies.

Pernah dilantik sebagai Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bagi Sesi 2006-2007. Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM) iaitu satu badan penyelidikan bebas (RNGO) yang mengendalikan penyelidikan-penyelidikan
transdisiplin berkenaan dengan prediksi masa depan.

1 comment:

Admin said...

salam.. minta tolong letak banner ceramah isu semasa Tuan Ibrahim Tuan Man di Batu Gajah.. ambil banner di blog saya..

www.demokrasi93.blogspot.com

Followers