Tuesday, December 15, 2009

Presiden PAS rasmi Konvensyen Blogger 20 Dis

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dijangka akan merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat pada 20 Disember di Dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Turut akan dilancarkan pada konvensyen tersebut adalah Kelab Blogger PAS sebagai pengiktirafan parti itu kepada penulis blog yang selama ini menyokong perjuangan PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, program tersebut juga kini dibuka bukan sahaja kepada ahli PAS malah kepada penyokong biasa.

Ianya ekoran terlalu banyak permintaan yang mahu penyertaan ke program tersebut dibuka lebih luas.

"Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat." katanya.

Kepada mereka yang berminat tetapi masih belum mendaftar, bolehlah berbuat demikian dengan nmenghantar maklumat seperti nama sebenar, nombor kad pengenalan, alamat blog, email dan nombor telefon bimbit ke alamat email penerangan.paspusat@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Tarik tutup pendaftaran pula adalah pada 18 Disember ini.

"Manakala Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang," katanya.

-harakahdaily

No comments:

Followers