Wednesday, December 23, 2009

Muhasabah diri dengan Malu

Carilah masa untuk sering bermuhasabah diri. Tidak MALUkah diri ini...kita banyak memohon hajat, namun pada waktu yang sama, banyak perintah-Nya ditinggalkan.

Tidak MALUkah diri ini, selalu curi tulang semasa bekerja di pejabat tadi? Tidak MALUkah aku, masih tidak dapat mengawal pandangan mata di jalan?

Jika sesuatu kesalahan itu kita lakukan dengan manusia lain, mungkin manusia payah memaafkan. Jika kita berhajat kepada-Nya, pasti ditolak lantaran dosa dan kejahatan kita. Namun Allah s.w.t. masih Maha Penyayang. Allah s.w.t. masih terus memberi rezeki, memberi kesihatan yang baik dan tidur yang lena buat kita. Alangkah MALUnya.

Kita patut MALU kepada Rasulullah s.a.w. yang selalu berdoa dan merindui bertemu umatnya. Namun sunah-sunah Baginda jarang-jarang kita belajar dan ikuti. Yang banyaknya cara hidup Barat yang kita ikuti.

Sekali lagi...alangkah MALUnya.

1 comment:

wartasungairapat said...

Malu perlu ditukar kepada DOSA

Followers