Tuesday, December 8, 2009

Harijadi yang ke...

Hari ini, 8 Disember 2009 merupakan harijadi saya yang ke...

Tiada yang istimewanya hari ini sepertimana hari-hari biasa yang lain. Anak-anak pula pagi-pagi lagi dah menghadiahkan sebuah kad ucapan buatan tangan mereka sendiri.

Memang sejak dulu lagi telah diajarkan kepada mereka untuk hidup bersederhana tanpa perlu apa-apa hadiah setiap kali tibanya harijadi. Pesanan saya kepada mereka "Tidak perlu hadiah kerana tanda ingatan itu sudah melebihi segala-galanya."

Hadiah daripada ibunya pula jangan ditanya. Rahsia antara kami berdua. ; p

Anak-anak turut meraikan dengan kad ucapan

Potong kek harijadi hadiah daripada anak-anak dan isteri

No comments:

Followers