TAMAN MELEWAR 20 DEC Kertas kerja yang kedua bertajuk
'Blog sebagai arena dakwah dan bukan medan memfitnah' oleh Ust Abd Ghani Samsudin tetapi terpaksa dibentangkan oleh Sdr Suhaimi Embong (Pengarah Jabatan ICT Pas Pusat) kerana Ust Abd Ghani terlibat sebagai penterjemah kepada Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang membuat pertemuan bersama Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi Awang sempena lawatannya ke Malaysia dan diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah tahun ini.
Sungguhpun begitu, Sdr Suhaimi Embong membentangkannya hanya secara ringkas sahaja kerana ingin memberi peluang yang lebih kepada peserta konvensyen mengutarakan pandangan dan usul agar memantapkan lagi Kelab Blogger Pas yang baru sahaja ditubuhkan.

Sdr Suhaimi Embong

Ustaz Abdul Ghani Samsudin yang sempat tiba untuk
bersama didalam sesi ini

Orang Manjung dengan gaya yang tersendiri

Antara peserta-peserta konvensyen yang memberikan
pendapat mereka

Ustaz Idris Ahmad mendengar dengan teliti setiap
pandangan yang diketengahkan peserta konvensyen

Muslimat juga tidak ketinggalan memberikan pendapat

Mengikuti dengan teliti

Ummi Anni keletihan atau mencari ilham?

Sahabat yang datang bertongkat juga adalah sahabat
yang banyak memberikan pendapat

Ustaz Abdul Ghani Samsudin selaku Pengerusi Lajnah IT Pas Pusat
menjawab persoalan dan pandangan yang diberikan

Kebanyakan pandangan dan idea yang diberikan oleh peserta
konvensyen diterima oleh Ustaz Abdul Ghani dengan senang hati
1 comment:
bukan letih atau cari ilham..tu sedang ke'boring'an..hahaha
Post a Comment