Sang cengkerik bertanya pula:Macamana serbuan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak penguatkuasa JAIP terhadap drebar Zambry yang sedang syok minum minuman keras bersama rakan-rakan disebuah pub terkenal di Ipoh tetapi tiada pendakwaan yang dikenakan keatasnya?
Ada juga cubaan untuk melepaskannya daripada tangkapan malam itu juga. Kesemua yang ditahan telah diwajibkan menjalani ujian tahap alkohol tetapi drebar Zambry ini dikatakan tidak perlu untuk mengambil ujian tersebut. Tetapi pegawai penguatkuasa Jaip yang bertugas malam itu tetap bertegas untuk membawa drebar Zambry dan rakan-rakannya kepejabat untuk diambil keterangan.
Amat malang sekali apabila terdapat 'tangan-tangan ghaib' yang telah menyelamatkannya daripada didakwa oleh JAIP terhadap kesalahannya meminum arak. Bukankah perbuatan itu bermakna menyalahgunakan kuasa?
Benarkah ada arahan yang telah dikeluarkan kepada semua pegawai penguatkuasa Jaip agar tidak menahan kakitangan kerajaan haram Perak tanpa arahan dan persetujuan pengarah penguatkuasa terlebih dahulu. Ini bermakna tiada tangkapan, penahanan ataupun dakwaan tanpa persetujuan dan perkenan daripada beliau? Apakah penguatkuasa Jaip perlu redha dengan kemungkaran dan maksiat yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan haram Perak ini dan menurut perintah yang dikeluarkan oleh pengarah mereka?
Bagaimana pula dengan perintah yang sepertimana firman Allah SWT (Terjemahan: surah al-Imran: 110) Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Sang cengkerik bertanya lagi:
Minum arak ini sudah sebati dengan orang-orang Melayu ke? Minum arak macam minum coca-cola saja ke? Mereka-mereka yang hidup disekeliling pemimpin kerajaan haram ni kebal daripada undang-undang ke? Mungkin pengikut dan penyokong kerajaan haram ini yang mereka anggap bebal? Ataupun memang mereka bebal kerana tetap menyokong walaupun tahu bagaimana perilaku pemimpin-pemimpin kerajaan haram yang masih mengamalkan 'Amal Munkar Nahi Maaruf' bukannya seperti yang dituntut iaitu 'Amal Maaruf Nahi Munkar'.
4 comments:
info tentang arak kat sini
- Ketagihan Arak
- Penyalahgunaan Arak
neh sang Ameno yang nak tolong jawabkan, dah namer nya drebar ZAMBRY, so kalo drebar kena tahan, kang sape nak bawak zambry kesana kemari..? dah namanya pun MB , ada kuasa mesti pakai, walaupun MB yg tak bertauliah.. kahkahkah
betul ke drebar zambry..ada bukti ke..jgn nak buat cerita nak tabur fitnah..ntah2 si zambry ke.kesian si drebar yang hanya pangkat drebar di fitnah mcm tu.
That's actually really cool!!AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色
Post a Comment