Thursday, December 31, 2009

ICT Aset penting kepada penggerak kebenaran - Pesuruhjaya Pas Perak

BUKIT GANTANG, 30 Disember: Pesuruhjaya PAS Perak dalam ucapannya di konvensyen IT PAS Negeri Perak, menyatakan bahawa teknologi ICT adalah satu aset yang sangat penting kepda pendokong kebenaran di seluruh dunia.

Menurut beliau, apabila kita membicarakan tentang penggunaan ICT, kita sebenarnya tidak boleh lari daripada pendedahan dunia Internet. Sistem inilah yang membuatkan perhubungan menjadi semakin pantas, canggih dan mencabar. Sekali gus, memberi kesan yang besar kepada cara manusia berinteraksi dan berkomunikasi.

Memetik ucapan beliau “ Penggunaan alat ICT pada hari ini bukan sekadar Internet dan komputer tetapi lebih daripada itu antaranya; perisian multimedia, power point, animasi, telefon bimbit, gerbang sesawang, jaringan sosial Internet, perpustakaan digital, permainan
atas talian dan banyak lagi ”.

Tambah beliau lagi,, umat Islam seharusnya memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat dan seterusnya mengambil pakai kecanggihan teknologi bagi menonjolkan ciri-ciri umat Islam yang mampu memahami keupayaan dan kaedah penggunaan ICT demi memakmurkan bumi.

Walau bagaimanapun, dalam kita menggunakan teknologi yang semakin canggih ini, seharusnya perlu dilihat kesan yang memudaratkan sekiranya pembangunan tidak mengikut acuan Islam yang betul.

Menurut beliau lagi, PAS Perak amat menekankan agar seluruh ahli dan pimpinan PAS Perak supaya menguasai ICT, memandangkan generasi zaman sekarang yang seolah-olah tidak boleh dipisahkan dengan teknologi.

Beliau juga menekankan betapa perlunya elemen ilmu yang berlandaskan al-Quran dan sunnah dalam berinteraksi dengan dunia ICT terutamanya dalam penggunaan internet. Sebagai umat Islam kita perlu mengawal dan menguasai teknologi, bukannya teknologi mengawal kehidupan kita,” tegasnya.

Menurut beliau lagi Kenyataan bahawa “ Islam sesuai di sepanjang masa dan di sebarang tempat ” serta pemikiran tentang adanya aspek tetap dan fleksibel memberi kelebihan kepada Islam untuk berfungsi sebagai agama yang benar sehingga hari akhirat.

“Dalam konteks pengunaan teknologi terutamanya media baru yang menggabungkan media penyiaran, komputer dan satelit, aspek yang tetap dan yang fleksibel masih tetap berperanan,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup di majlis itu.

Justeru itu beliau berharap agar lujnah IT PAS Perak, meningkatkan lagi gerka kerja yang terbaik dalam memastikan Islam dapat dimakmurkan serta kezaliman dapat ditumbangkan hasil dari penyampaian sumber maklumat yang tepat lagi benar dari PAS di Negara ini.

No comments:

Followers