IPOH 30 DIS Hari ini anak kedua saya, Azizul Hakim dibawa ke Sekolah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh untuk pendaftaran dan suai kenal bersama rakan-rakannya yang lain di tahun satu.
Guru HEM (Hal Ehwal Murid), Puan Puteri Mimi yang menggantikan gurubesar bermesyuarat di Pejabat pendidikan dan Penolong kanan yang sakit mata
Guru-guru tahun satu diperkenalkan kepada ibubapa.Guru kelas Hakim, yang paling manis senyumannya.
Cuba teka yang mana satu.
Jururawat yang didatangkan daripada Pusat Rawatan Greentownuntuk memberikan taklimat mengenai kesihatan.
Taklimat tentang kesihatan? Rupa-rupanya hanyamemberitahu ibubapa mengenai mukasurat-mukasurat
yang perlu diisikan didalam buku maklumat kesihatan
murid. Yang itu, guru-guru pun boleh beri tahu.
Alang-alang datang, berilah sedikit tips-tips kesihatan murid
kepada ibubapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah.
Ibubapa menunggu giliran untuk membayar yuransebanyak RM72.10 (tidak termasuk PIBG RM20,
Majalah Rm10 dan baju sukan RM30)










No comments:
Post a Comment