Thursday, December 31, 2009

Hamidah Osman cuba ceroboh surau

Hamidah Osman (kiri), Adun Sg Rapat daripada BN kini berusaha keras untuk menceroboh masuk ke Surau Al-Falah di Taman Song Choon, Ipoh.

Pada mulanya, beliau yang mewakili Umno di taman itu telah meminta kebenaran untuk mengadakan program Umno bersama penduduk taman tersebut.

Tetapi, permintaan tersebut telah ditolak oleh AJK Surau yang bermesyuarat dan membuat keputusan untuk tidak membenarkan permintaan tersebut kerana program berkenaan anjuran parti politik. Sebagai memenuhi saranan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah agar surau dan masjid tidak dicampur adukkan dengan hal-hal politik.

Namun begitu, Hamidah tidak berpuas hati dan ingin meneruskan juga program di surau tersebut pada esok hari, Jumaat (1.1.2010) jam 8.00 pagi.

Beliau telah menggunakan sepenuh kuasanya (sepertimana kuasa merampas kerajaan negeri dan melarikan adun-adun) untuk mengenepikan keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa surau dengan menyeret Jabatan Agama Islam Perak dan juga Pengarahnya, Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz didalam masalah ini.

Diharap semoga pihak JAIPk tidak berjaya 'dibaculkan' oleh Hamidah demi memenuhi hasrat politiknya. Keputusan mesyuarat AJK Surau perlu dihormati dan dipertahankan oleh pihak Jaipk dan Pengarahnya.

Kini, Hamidah benar-benar ingin menunjukkan kuasanya dengan mengarahkan agar kesemua khemah-khemah yang sebelum ini dipasang dipadang berhampiran surau tersebut
dipindahkan kedalam kawasan surau.

Jika sebelum ini, beliau pernah dihalau oleh penduduk sebuah taman didalam kawasan 'jajahannya' semasa ingin mengadakan majlis bersama rakyat disitu. Dia dihalau kerana sebelum ini pernah berjanji untuk menyelesaikan permasalahan ditaman tersebut tetapi janji hanya tinggal janji. Setelah permasalahan ditaman tersebut berjaya diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau kembali datang kesitu untuk berjanji lagi. Akibatnya, beliau telah dihalau daripada memasuki taman tersebut.

Keras sungguh kepalanya. Sama-samalah kita tunggu dan lihat langkah selanjutnya daripada seorang wanita yang bergelar 'Yang Berhormat' ini. Masih terhormatkah perbuatan-perbuatan sumbangnya dinegeri tercinta ini.

9 comments:

Zakaria Harun said...

Tolong buat cover up untuk cerita hebat ini. Sama-sama kita lihat apakah kesudahannya. Hebat sangatkah 'dia' tu?

mulutlancang said...

Mak beruk ini ngadu kat JAIP katanya nak buat bubur Asyura - apa jadahnya nak buat ditempat orang?Buatlah ditempat sendiri.Orang tak beri pakai sondol redah sahaja pasal apa?

Biasanya, kalau orang ikhlas, dia akan beri bahan untuk masak bubur asyura tu, bukan panggil puak-puak dia sendiri dari luar untuk buat ditempat orang!

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

hamidah? jalan dahh...

Neo said...

isk..tak malu betoi la dia nih... skrg ni guna je nama Raja untuk elakkan politik dalam masjid/surau.. kan puak2 gerombolan jugak yg mulakan dulu..larang parti politik buat program kat masjid... la ni depa pulak main langgar je..dasar tak tau malu.. JALAN DAAAAA... -Neo

semangatbesi said...

Patut la Pak Husyein gelar Midah Sejadah...

al-Balingi said...

Jeneh ni pun ada manusia..dunia2

~ Lelaki ~ said...

issssshhhhhhh.apa plak duk marah kat dia...dia kan orang kuat prg smbhyang di surau

umnokurap said...

Ehh ye ker dia dia sondol.. so lepas ni boleh le gelor di Midah Sondol.. ehh sedap juga...

taipingmali said...

kalau nak bebas daripada politik kenapa benarkan Nizar celaka masuk ? kenapa solat terawikh ada tazkirah yang berunsurkan politik....memang babi...sungguh orang Pas..

Followers