Friday, December 4, 2009

Kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz masih utuh dan relevan di Kelantan


Sebut sahaja nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah tentu semua orang mengenalinya. Baik daripada budak kecil sehinggalah kepada orang-orang tua. Yang dah nyanyuk pun masih ingat kepada nama besar ini.

Semenjak negeri Kelantan diurus tadbir oleh kerajaan Pas pada tahun 1990, nama Nik Aziz senantiasa dibibir rakyat Malaysia dan Kelantan khususnya.

Pentadbiran negeri yang dipandu kearah akhlak Islam telah merubah sama sekali pola politik dan kehidupan rakyat Kelantan. Negeri Serambi Mekah ini disuburkan dengan pengajian ilmu agama Islam tanpa mengira waktu.

Kesederhanaan kehidupan Tuan Guru Nik Aziz sendiri sebagai Menteri Besar telah menjadi teladan yang cukup menarik minat dan hormat penduduk negeri Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa mereka. Keadilan Islam menjadi pegangan utama tanpa mengira fahaman politik mereka. Kesemua kaum dilayan sama rata.

Tuan Guru Nik Aziz juga bukan hanya bagaikan tiang seri kepada rumah negeri Kelantan itu sendiri tetapi juga tonggak utama parti PAS yang begitu digeruni musuh politik dalam dan luar negara.

Pelbagai percubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan nama baik Tok Guru dimata rakyat Kelantan dan Malaysia, namun semuanya hanya sia-sia kerana segala perbuatannya berlandaskan al-Quran dan hadis serta hujah-hujah yang bisa mematahkan apa jua tentangan yang didatangkan kepadanya.

Walaupun baru-baru ini seperti menampakkan percubaan untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan sedikit berjaya dengan putar belit yang dimainkan media utama, ternyata kepimpinan dan bimbingan seorang Tok Guru masih diperlukan dan relevan dengan rakyat Kelantan.

Jika sebelum ini beberapa kerat NGO mengadakan demonstrasi meminta agar Tuan Guru melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan, yang pastinya semua tahu siapa dalang disebalik perhimpunan haram tersebut. Hanya 'gerombolan pengecut dan bacul' sahaja yang berselindung dibelakang nama NGO tanpa bermaruah untuk berdepan menyatakan hasrat mereka secara terang-terangan.

Insya-Allah, selagi nyawa dikandung badan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan tetap menjadi idola, mentor dan penguat semangat kita untuk bersama-sama memperjuangkan Islam ditanahair Malaysia yang tercinta ini.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...