Friday, December 4, 2009

Umno digesa mohon maaf segera - Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH 3 Disember: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menegaskan dalam kenyataannya supaya umno segera meminta maaf kepada kerajaan negeri serta rakyat Pulau Pinang, begitu juga dengan insiden memijak kepala lembu yang jelas-jelas didalangi pemuda umno selangor, yang mana kedua-dua insiden buruk ini telah menimbulkan sentimen perkauman yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di Negara ini. Jelas beliau dalam kenyataan media beliau di Pejabat Perhubungan PAS Perak hari ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, beliau kagum dengan sifat keterbukaan yang diamalkan oleh parti DAP yang telah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan isu memijak gambar tiga adun yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan pakatan rakyat Perak ini.

“ Ini adalah sikap yang harus dipuji dan dijadikan contoh oleh kita semua, sikap memohon maaf ini adalah sifat yang mulia, sebenarnya jika sikap ini dijadikan amalan kita, semua masalah yang dihadapi dapat diselesai dengan segera” memetik ucapan beliau.

Jelas beliau lagi, umno juga sewajibnya perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, berikutan tindakan pemuda umno di Pulau Pinang dan Selangor yang benar-benar keterlaluan dan cuba menimbulkan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia.

Memetik ucapan beliau “ Umno dan barisan nasional perlu bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka, isu membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu perkauman memijak kepala lembu adalah tindakan primitif dan tidak beritika”

“ Tindakan menggunakan gambar seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri
dan juga Ketua Menteri yang dipilih oleh rakyat menjadi bahan untuk dibakar gambarnya adalah tindakan ganas yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat ” tambah beliau lagi.
Beliau jugu turut menyarankan supaya umno segera memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Negeri Perak dan Kelantan dengan cara mengembalikan semula hak rakyat Negeri Perak melalui pembubaran DUN Perak, serta mengembalikan semula hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

Justeru itu beliau menasihatkan supaya umno segera memohon maaf atas tindakan zalim mereka kepada rakyat yang tertindas selama ini.

No comments:

Followers