Tuesday, December 8, 2009

Piala Dato Seri Nizar akan dipertandingkan keseluruh Perak

Gambar sekadar hiasan

IPOH 8 DEC Piala Dato Seri Nizar akan dipertandingkan dengan penyertaan sebanyak 15 pasukan daripada seluruh daerah di negeri Perak.

Pertandingan bolasepak ini juga merupakan satu langkah yang diambil oleh Pafa untuk mengenalpasti bakat-bakat baru dinegeri Perak bagi musim-musim yang akan datang, demikian dinyatakan oleh Sdr Abd Aziz Yeop Jamaluddin, ahli majlis yang diamanahkan untuk mengendalikan pertandingan Piala Dato Seri Nizar tersebut.

Setiap pasukan yang bertanding akan diberikan wang tunai sebanyak RM1,500 sebagai memudahkan persiapan mereka untuk menyertai pertandingan ini.

Setiap daerah akan diminta untuk menghantar pasukan dan jika tiada pasukan yang bertanding daripada sesuatu daerah itu maka peluang akan dibuka kepada mana-mana kelab bolasepak di dalam daerah tersebut.

"Ini juga merupakan peluang terbaik untuk ahli-ahli gabungan Pafa menunjukkan komitmen mereka dalam memajukan sukan bolasepak negeri. Bukannya hanya memberi komen semata-mata tanpa penglibatan yang sepenuhnya." ujar beliau lagi.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...