Friday, December 4, 2009

Laporan 'litmus test' CheguBard kepada PDRM

Solidariti AnakMuda Malaysia

(S.A.M.M)

Tarikh : 3 Disember 2009

KENYATAAN MEDIA

Per : LAPORAN RASMI MENGENAI TIGA KES UJIAN LITMUS BUAT PDRM

Adalah dengan ini, atas keinsafan dan kesedaran selaku anak muda Malaysia yang cintakan negara maka kami bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (sebuah gerakan anak muda dari perbagai latar belakang yang bersama berkongsi keyakinan untuk merobah Malaysia) hari ini membuat laporan rasmi mengenai

  1. Isu sogokan wang oleh 'proksi' Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) kepada Balasubramanian

Balasubramanian individu yang dikenali sebagai penyiasat persendirian yang diupah Razak Baginda (tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya dan kawan Najib Rzak) telah membuat kenyataan bersumpah pertama pada 3 Julai 2008 dengan menyatakan beberapa kenyataan yang mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya. Namun sehari selepas itu Balasubramanian telah Balasubramanian telah tampil dalam stau sidang media lain dengan akuan bersumpah kedua menafikan akuan bersumpah pertama.

Balasubramanian telah membuat dua akuan bersumpah dalam isu yang sama dimana kedua – dua akuan bersumpahnya jelas bertentangan. Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu. Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang – undang. Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramanian, apakah peguam negara (pihak pendakwaan) juga terlibat dalam melindungi 'rahsia besar' ?

Sebaik sahaja Balasubramanian membuat kenyataan bersumpah ke dua, dia dan keluarganya telah hilang. Namun PDRM pernah membuat kenyataan berjaya merakam kenyataan Balasubramanian di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Namun selepas itu perkara ini disenyapkan. Adakah PDRM juga terlibat dalam melindungi 'rahsia besar' ?

Tanpa disangka baru – baru ini Balasubramanian muncul semula dalam bentuk rakaman video. Rakaman yang tersebar dalam youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup menarik semula akuan bersumpahnya 'yang pertama dan menghilangkan diri. Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan Polis, Tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.

Laporan kenyataan beliau boleh dicapai di link dibawah ini

Dia menyatakan dengan jelas telah menerima RM 750, 000 dari proksi Najib dan dijanjikan RM 5 juta sebagai habuan tambahan selepas penarikan akuan bersumpah yang pertama dan 'menghilangkan' diri.

Satu siasatan terbuka perlu dilakukan. Jelas akuan kesalahan sogokan telah dilakukan. Malah ugutan juga berlaku bagi melindungi 'rahsia besar' pemimpin negara. Lebih malang lagi akuan wujud keterlibatan polis dan tentera amat – amat mengecewakan.

  1. Isu rasuah dan salahguna kuasa babitkan Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia

Pada 2 Januari 2009, Solidariti Anak Muda Malaysia sendiri telah menghantar kompilasi laporan dan bukti rasuah baru serta lama. Antara laporan yang dihantar ialah laporan ke atas Shafie Abdullah, Setiausaha Najib Razak yang pada ketika itu terdapat tuduhan serta bukti mengenai rasuah wang untuk mendapatkan sokongan bagi jawatan dalam Umno. (rujuk http://www.scribd.com/doc/9720777/sulit1 / http://www.scribd.com/doc/9720813/sulit2 ) .

Malah terdapat aduan bagaimana Shafie menggunakan kedudukan beliau yang rapat dengan Najib melalui Kementerian Kewangan menggugut lawan politiknya dalam Umno.

Selepas sebulan membuat laporan tersebut. SPRM ketika dihubungi menyatakan masih dalam sisasatan kes tersebut. Namun malangnya sehingga kini tiada tindakan.

Terbaru YB Wee Chee Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju menyatakan dengan jelas bagaimana Shafie menyalahgunakan hubungan dia dengan Najib dan kedudukanya di pejabat PM untuk mempengaruhi dan menikmati faedah dengan 'mengganggu' keputusan agensi kerajaan seperti dalam DBKL.

Dengan ini kami membuat laporan rasmi mengenai kegiatan 'salah' Shafie dan mendesak satu siasatan telus, terbuka dan adil dilakukan segera. Sikap berdiam diri Najib dan terus membiarkan Shafie terus berada disampingnya amat mengecewakan. Ini membuktikan betapa tidak seriusnya Najib dalam janji mempertingkatkan integriti.

  1. Kaitan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dengan aktiviti 'penyeludupan wang haram' ke luar negara

Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Perdebatan mengenai pembatalan lesen ini telah membongkarkan sati fakta yang mengaitkan Mohammad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan) dengan kegiatan penghantaran wang yang menyalahi undang undang pada Mac 2008. Jumlah yang dikatakan ialah RM 10 Juta.Syarikat Salamath Ali Money Changer yang terlibat dibatalkan lesennya tetapi kenapa tiada tindakan terhadap Mohamad Hassan yang menghantar wang dan penerima wang tersebut.

Dalam ucapan penggulungan persidangan DUN N.S baru ini secara tidak langsung Mohammad Hassan tidak mempunyai keberanian menjawab mahupun menafikan keterlibatan beliau malah secara tidak langsung mengakui keterlibatan beliau dengan mengakui sedang disiasat, tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Tindakan menghantar wang tunai dalam jumlah yang besar adalah mensabotaj ekonomi dan mengkhianati negara. JSJK didesak memulakan siasatan berkenaan perkara ini.

Ketiga kes tersebut jelas mempunyai impak besar terhadap negara.

Kami telah menghantar laporan setebal 52mukasurat termasuk lampiran berkaitan. Demi menjaga kepentingan bersama dan kedaulatan undang – undang negara satu siasatan 'adil, telus dan terbuka' harus dimulakan segera. Ini merupakan laporan rasmi bagi membolehkan JSJK PDRM atau mana – mana jabatan dibawahnya memulakan siasatan.

Sebelum ini Ketua Polis Negara sendiri begitu menunjukkan minat dengan turut memberikan komen untuk mensensasikan kes berkaitan beberapa individu bukan dari Barisan Nasional (regim pemerintah negara). Laporan ini juga sebagai 'litmus test' kepada Ketua Polis Negara dan Institusi PDRM itu sendiri, sama ada benar bebas atau sekadar alat kepada regim pemerintah. Laporan ini harus di siasat dengan mengenepikan kepentingan politik atau kumpulan tertentu demi menjamin kepentingan negara dan rakyat keseluruhanya. Malah seharusnya rakyat berhak mengetahui hasil siasatan tersebut.

Laporan ini turut disokong oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia.

Sekian.

BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN a.k.a che'GuBard

Penyelaras, Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M)

email : chegubard@gmail.com
blog :
http://chegubard.blogspot.com

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...