Tuesday, December 22, 2009

Mengapa lantik Ahli Jarang Kemasjid?


Jika anda ke masjid ditempat anda, cuba semak senarai AJK masjid tersebut.

Sudah pasti ramai diantara AJK masjid tersebut yang bukan ahli masjid dan jarang kelihatan disana. Mereka semuanya dilantik atas ehsan politik semata tanpa mengira penglibatan dan sumbangan mereka kepada masjid tersebut.

Mereka-mereka ini tidak layak untuk dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa masjid kerana kebanyakannya adalah Ahli Jarang Kemasjid.

Tugas mereka hanyalah untuk memastikan wang kutipan masjid tidak dibelanjakan sebagaimana yang sepatutnya (tapi banyak yang menyelewengkan wang masjid seperti kes duit lembu korban yang lesap) dan juga memastikan tiada penceramah mengajar agama tanpa tauliah yang dibenarkan ke masjid.

Setelah 52 tahun kita merdeka, kini tibalah masanya masjid-masjid kita juga dimerdekakan daripada penjajah yang bertopengkan pejuang bangsa Melayu.

1 comment:

apam said...

Mohon dapat kepastian tentang perkara ini. Penjelasan drpd pengarah jaip perlu ada. Dosa buat fitnah.

Followers

Video ajijoi

Loading...