Showing posts with label Pafa. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009
Tuesday, December 8, 2009
Piala Dato Seri Nizar akan dipertandingkan keseluruh Perak
IPOH 8 DEC Piala Dato Seri Nizar akan dipertandingkan dengan penyertaan sebanyak 15 pasukan daripada seluruh daerah di negeri Perak.
Pertandingan bolasepak ini juga merupakan satu langkah yang diambil oleh Pafa untuk mengenalpasti bakat-bakat baru dinegeri Perak bagi musim-musim yang akan datang, demikian dinyatakan oleh Sdr Abd Aziz Yeop Jamaluddin, ahli majlis yang diamanahkan untuk mengendalikan pertandingan Piala Dato Seri Nizar tersebut.
Setiap pasukan yang bertanding akan diberikan wang tunai sebanyak RM1,500 sebagai memudahkan persiapan mereka untuk menyertai pertandingan ini.
Setiap daerah akan diminta untuk menghantar pasukan dan jika tiada pasukan yang bertanding daripada sesuatu daerah itu maka peluang akan dibuka kepada mana-mana kelab bolasepak di dalam daerah tersebut.
"Ini juga merupakan peluang terbaik untuk ahli-ahli gabungan Pafa menunjukkan komitmen mereka dalam memajukan sukan bolasepak negeri. Bukannya hanya memberi komen semata-mata tanpa penglibatan yang sepenuhnya." ujar beliau lagi.
Golden Boots Award for Dato Seri Nizar

This Golden Boots Award I presented to Dato Seri Nizar Jamaluddin, the President of PAFA for his contribution and leadership in building a better team (players and officers) towards the new season of Liga Super.
His strong determination in combating all the problems surrounding PAFA will be remembered as a true leader and warrior in the Perak state as well as Malaysia.
'Kejor Yop Kejor' team will still remain as a heavy contender for the new season of TM Liga Super.
Dato Seri Nizar, we Perakians salutes you.
Kemelut PAFA selesai apabila politik diketepikan
IPOH 8 DEC Kemelut yang selama ini melanda Pafa telah terungkai dan dianggap selesai apabila Dato Seri Nizar Jamaluddin selaku Presiden Pafa telah berjaya menyatukan dan menyelesaikan kesemua permasalahan didalam mesyuarat ahli majlis yang diadakan di Pejabat Pafa, Ipoh petang ini.Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 2.15 petang tidak dapat memulakan agenda yang ditetapkan kerana terdapat seorang bekas ahli majlis, Abd Jamil Othman yang telah dipecat bulan November lepas turut serta didalam mesyuarat.
Beliau tetap berkeras untuk turut serta didalam mesyuarat itu walaupun telah sedia maklum akan pemecatannya oleh Presiden melalui surat pada bulan lepas. Dato Seri Nizar sekali lagi terpaksa menerangkan bahawa perlantikannya sebagai ahli majlis dahulu adalah atas lantikan Presiden dan adalah menjadi hak mutlak Presiden untuk memecatnya.
Tempat Jamil telah digantikan dengan YB Kesavan Subramaniam (Adun Hutan Melintang) yang dilantik oleh Presiden Pafa sendiri.
Setelah Jamil meninggalkan bilik mesyuarat, barulah perjalanan mesyuarat berjalan seperti yang telah dijadualkan.

Suasana mesyuarat yang dijangkakan hangat dengan usul memaksa Presiden meletakkan jawatan telah berlaku sebaliknya. Sesuatu yang agak pelik apabila kesemua ahli majlis yang hadir telah berlapang dada untuk mendengar penerangan daripada Presiden Pafa, Dato Seri Nizar. Tiada langsung usul untuk mendesak perletakan jawatan Presiden Pafa dibangkitkan semasa mesyuarat berlangsung sebagaimana digembar-gemburkan beberapa pihak sebelum ini.Kebijaksanaan Dato Seri Nizar memimpin dan mengendalikan perjalanan mesyuarat membuatkan segala perbincangan berjalan dengan lancar dan didalam suasana yang mesra lagi berhemah.
Ini diakui sendiri oleh Naib Presiden PAFA, Dato Seri Abdullah Hishan yang mengatakan bahawa pada hari ini politik telah diketepikan demi semangat bersama untuk memajukan sukan bolasepak dinegeri Perak. "Mesyuarat hari ini benar-benar melambangkan semangat 1 Perak dalam mencapai keputusan yang memuaskan semua pihak" katanya didalam sidang media petang ini.Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Presiden Pafa serta ahli jawatankuasanya dalam menangani masalah yang melanda Pafa. Semoga sukan bolasepak akan kembali bersinar dengan kepimpinan yang sedia ada sekarang.
Rampasan kuasa di PAFA hari ini?
8 DEC Setelah pasukan bolasepak Perak dibawah PAFA (Perak Football Association) diterima untuk bersaing didalam Liga Super musim 2010 dan majlis menandatangani kontrak pegawai dan pemain untuk musim itu nanti selesai, angin bertiup semakin kencang mengatakan terdapat sebilangan ahli majlis didalam PAFA yang tidak senang duduk dan berpakat untuk membuat suatu perkara yang menggugat kelancaran pasukan Kejor Yop Kejor menghadapi musim baru yang bakal tiba.Hari ini akan berlangsungnya mesyuarat ahli majlis PAFA jam 2.00 petang di Pejabat PAFA di Jalan Fair Park, Ipoh.
Dijangkakan akan berlaku kekecohan apabila dikatakan terdapat pihak yang akan membawa usul untuk menyingkirkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin daripada jawatan Presiden PAFA yang dipegangnya dengan jaya selama ini.
Pihak-pihak ini amat tidak senang dengan kelancaran perjalanan Pafa selama dibawah tadbir Dato Seri Nizar kerana tiada peluang untuk mereka mengaut untung sepertimana biasa dimasa-masa yang lepas dibawah pemerintahan presiden-presiden daripada Umno dahulu yang menjadi punca sebenar mengapa PAFA menanggung hutang sebanyak RM4 juta lebih.
Kejayaan Dato Seri Nizar membayar serta mengurangkan jumlah hutang lapuk itu amat ditakuti sekali oleh puak-puaka ini.
Berjaya rampasan kuasa yang akan dilakukan hari ini terhadap jawatan Presiden PAFA mengulangi rampasan kuasa yang mereka lakukan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak ini? Sama-samalah kita nantikan 'wayang' mereka yang kononnya memperjuangkan sukan bolasepak dinegeri Perak ini.
Jom kita 'Kejor Yop Kejor' mereka berambus jauh daripada arena sukan dinegeri ini terutamanya sukan bolasepak yang amat kita semua minati.
Sayangi pasukan bolasepak kita dan kekalkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin sebagai Presiden PAFA yang paling berwibawa dan bersih didalam sejarah bolasepak negeri Perak tercinta.
Thursday, July 30, 2009
Jawatan Presiden Pafa tidak akan bertukar tangan
Nizar akan teruskan tugasan PAFA
IPOH: DS Mohammad Nizar Jamaluddin akan meneruskan tugasan selaku presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) demi menyempurnakan tanggungjawab membina skuad pasukan negeri bagi menghadapi Piala Malaysia.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PAFA di pejabat PAFA di sini.
Adalah tidak adil untuk tidak bertanggungjawab dengan membiarkan skuad negeri yang telah menempah tiket kelayakan ke pertandingan Piala Malaysia, katanya sambil menegaskan bahawa skuad yang dibentuk akhir tahun lepas itu berpotensi tinggi untuk maju.
Kita sedia maklum bahawa skuad tahun ini lewat dibentuk ekoran permasalahan dalaman PAFA (sebelum pengambilalihan akhir November 08) dan PAFA sendiri amat tenat ketika diambil alih dengan pelbagai masalah kewangan yang terkumpul hampir RM4.2 juta, kata Nizar.
"Beban hutan tanggungan PAFA ini terkumpul sejak beberapa tahun sebelum 2008 lagi dan ia diheret ke tahun 2009. Setakat tahun ini, PAFA hanya mampu memelihara agar hutang itu tidak bertambah dan tanggungan 2009 seperti gaji dan lain-lain mampu dilangsaikan bulan ke bulan."
Beliau berkata, dalam keadaan sekarang memang tidak mengizinkan beliau untuk menyelesaikan bebanan hutang lapok itu tetapi berharap sekurang-kurangnya semua pihak tampil membantu kerana bola sepak adalah sukan rakyat.
Nizar dipilih menerajui PAFA setelah desakan pelbagai pihak termasuk oleh paduka seri Sultan Perak sendiri yang melihat pada ketika itu, hanyalah seorang ketua kerajaan negeri yang sesuai dan berkemampuan mengatasi kemelut PAFA.
Oleh kerana keadaan mendesak dan tiada pilihan, Nizar menyanggupi tanggungjawab berkenaan pada masa itu.
-perakite.blogspot.com
IPOH: DS Mohammad Nizar Jamaluddin akan meneruskan tugasan selaku presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) demi menyempurnakan tanggungjawab membina skuad pasukan negeri bagi menghadapi Piala Malaysia.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PAFA di pejabat PAFA di sini.
Adalah tidak adil untuk tidak bertanggungjawab dengan membiarkan skuad negeri yang telah menempah tiket kelayakan ke pertandingan Piala Malaysia, katanya sambil menegaskan bahawa skuad yang dibentuk akhir tahun lepas itu berpotensi tinggi untuk maju.
Kita sedia maklum bahawa skuad tahun ini lewat dibentuk ekoran permasalahan dalaman PAFA (sebelum pengambilalihan akhir November 08) dan PAFA sendiri amat tenat ketika diambil alih dengan pelbagai masalah kewangan yang terkumpul hampir RM4.2 juta, kata Nizar.
"Beban hutan tanggungan PAFA ini terkumpul sejak beberapa tahun sebelum 2008 lagi dan ia diheret ke tahun 2009. Setakat tahun ini, PAFA hanya mampu memelihara agar hutang itu tidak bertambah dan tanggungan 2009 seperti gaji dan lain-lain mampu dilangsaikan bulan ke bulan."
Beliau berkata, dalam keadaan sekarang memang tidak mengizinkan beliau untuk menyelesaikan bebanan hutang lapok itu tetapi berharap sekurang-kurangnya semua pihak tampil membantu kerana bola sepak adalah sukan rakyat.
Nizar dipilih menerajui PAFA setelah desakan pelbagai pihak termasuk oleh paduka seri Sultan Perak sendiri yang melihat pada ketika itu, hanyalah seorang ketua kerajaan negeri yang sesuai dan berkemampuan mengatasi kemelut PAFA.
Oleh kerana keadaan mendesak dan tiada pilihan, Nizar menyanggupi tanggungjawab berkenaan pada masa itu.
-perakite.blogspot.com
Friday, July 10, 2009
Bola Zambry
KENYATAAN MEDIA DATO’ SERI PRESIDEN PAFA
Saya, memandang serius kenyataan YB Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mendesak saya meletakkan jawatan selaku Presiden PAFA, kerana kononnya kantung PAFA kini kekeringan sehingga menyebabkan gaji pemain bola sepak Perak gagal dibayar mulai Jun 2009. Sebenarnya gaji mereka bagi bulan Jun dan inshaAllah bulan Julai 2009 telah memang dirancang sediakan.
Kenyataan YB Dato Seri Dr. Zambry itu tidak menunjukan sikap professionalisma seorang ketua kerajaan yang prihatin akan masalah rakyatnya. Ia lebih mengambarkan watak yang amat negatif, berdendam dan gagal membezakan kaedah bersukan dan berpolitik.
Ia secara jelas menunjukkan bahawa YB Dato Seri Dr Zambry sekali-kali tidak berfikiran positif untuk membantu tetapi sebaliknya lebih berusaha merosakkan keadaan. Setelah mengemudi PAFA kurang lebih 7 bulan, saya mendapati PAFA banyak tanggungan lapuk sejak beberapa tahun lamanya. Itulah peninggalan saki baki pengurusan lama. Namun pengurusan baru tidak pernah bersungut malah terus menggembeling khidmat bagi menyusun semula PAFA.
Bayangkan ketika ambil alih itu dengan tunggakan gaji pemain-pemain selama lima bulan yang mesti dilangsaikan. Pemain pemain serta pegawai baru telah diambil .Penyata kewangan PAFA terdahulu terdahulu dari itu jelas tertera hutang lapuk yang mencecah sekitar RM3juta. Saya difahamkan ketika itu segala peruntukan tahunan bagi PAFA dari FAM telah didahulukan. Sehinggan peruntukan 2009 juga telah pohon-ambil. Maka bagi 2008 sememangnya FAM tidak menyumbang kerana telah diserah awal terdahulu dari itu.
Semasa menjadi ketua “government of the day”, rakan-rakan exco serta Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, tanpa mengira kedudukan siapa yang menerajui PAFA ketika itu, pernah meluluskan dan menghulurkan bantuan negeri sebanyak RM300,000.00 semata-mata untuk membantu masalah kewangan PAFA yang terlalu meruncing sebelum lagi saya mengambil alih menjadi Presiden PAFA. Saya tidak pernah mendesak sesiapapun berundur semasa itu, malahan saya tidak mendesak ditawarkan jawatan Presiden, tetapi ia diputuskan oleh Kongres tahunan PAFA. Saya pikul dengan penuh tanggungjawab dan berhemah. Jauh dilubuk hati saya mahu melihat PAFA bangkit semula dan mengharumkan Perak.
Saya menerima tawaran itu dengan hasrat membantu menyelesaikan masalah kewangan PAFA yang begitu kritikal. Tambahan banyak pihak yang mendorong saya menerima jawatan berkenaan. Akhirnya saya dipilih melalui kongres tahunan PAFA, dan saya menerimanya sebagai tindakan untuk sama-sama berusaha menyuburkan PAFA, terutama dalam sukan bola sepak.
Ramai kenalan rakan dan taulan mula membantu dan menyumbang dalam semua aspek termasuk kewangan dan tajaan yang dapat segera memulihkan PAFA. Sejak itu gaji para pemain dan pegawai dan lain lain perbelanjaan semasa tidak pernah ditangguh. Moral pemain dan pegawai memuncak.
Setelah insiden rampasan kuasa kerajaan pada 6 Feb 2009, suasana agak bertukar. Oleh yang demikian, saya juga memang tidak merancang untuk terus memegang jawatan Presiden PAFA ini, malahan akan berundur apabila tiba waktu yang bersesuaian. Saya juga telah bertemu dengan Setiausaha Agung FAM, Yg Brbhg Dato’ Azudin di pejabat beliau, memaklumkan pendirian, kedudukan, sumber dan kemampuan saya yang terhad daripada segi kewangan untuk membantu PAFA.
Sesungguhnya, saya difahamkan bukan hanya Perak menghadapi masalah kewangan seumpama ini, malahan oleh mana-mana persatuan bola sepak negeri lain memandangkan “gate collection” semasa adalah tersangat rendah. Membentuk sebuah pasukan bola sepak memerlukan masa bukan boleh dibina dalam tempoh enam bulan. Malaysia sendiri masih dalam proses membina pasukan bola sepak yang terbaik.
Saya dimaklumkan bahawa satu pasukan berhasrat menarik diri dan satu lagi pasukan telahpun memohon pendahuluan peruntukan 2010 oleh kerana himpitan kewangan. Sewajarnya jika YB Dato Seri Dr Zambry mahu mendahulukan rakyat, maka inilah masanya membuktikan bantuan kewangan dari kerajaan sekurang-kurangnya mengahabiskan tempoh satu sessi sehingga akhir bulan Ogos 2009 nanti.
Ramai diantara pemain baru yang kita rekrut 9 bulan yang lepas kini telah menunjukan mutu permainan yang amat mengkagumkan sehingga beberapa diantara mereka sedang di minati oleh FAM sendiri sebagai berpotensi menjadi pemain kebangsaan. Moral pemain-pemain dan pegawai juga meningkat. Ahli-ahli Kelab penyokong PAFA juga pada akhir-akhir ini cukup bersemangat. Sama-samalah kita majukan PAFA demi kegemilangan Perak.
YB. DATO’ SERI IR. HJ. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
Ajijoi ~ Nampak sangat Zambry ni gelojoh kuasa dan bodoh sombong. Jawatan Presiden Pafa tu bukannya macam jawatan ketua kampung yang senang-senang dilantik dan dirampas ikut sesuka hati UBN walaupun watikah perlantikan daripada Sultan Perak belum tamat tempoh (siapa sebenarnya yang derhaka kepada Baginda Sultan?)
UBN sekarang sedang bergelut dengan masa sebelum dilucutkan kuasa mereka oleh rakyat di dalam pilihanraya. Atas sebab itu, segala kekayaan negeri dan peluang untuk mengaut keuntungan sedang direbut sesama UBN selagi terdaya.
Sanggupkah kita redha dengan segala tindak tanduk dan perbuatan mereka?

Subscribe to:
Posts (Atom)