Setiap kali berlangsungnya Sidang Dun Perak, satu tempat berkumpulnya pembuat dasar yang dipilih oleh rakyat, pasti akan berlakunya permainan politik bacul oleh Umno dan BN.
Walaupun kuasa memerintah mereka di negeri Perak telah dianggap sah (oleh mahkamah, bukannya rakyat), namun mereka masih ketakutan dikejar oleh bayang-bayang sendiri.
Mungkin pada tanggapan mereka, Adun-adun Pakatan Rakyat akan memboikot ataupun tidak mengambil serius dengan sidang dun yang dipanggil oleh speaker haram ciptaan mereka.
Ternyata mereka tersilap besar apabila Adun-adun PR menghantar sebanyak 216 soalan-soalan untuk dibincang dan dibahaskan di dalam sidang dun itu nanti.
Tetapi nanti, anda tersilap jika perkara itu anda anggap selesai. Sekali lagi politik bacul ditunjukkan oleh Umno dan BN apabila mereka telah menolak soalan-soalan yang dikemukan oleh Adun-adun PR. Lihat DISINI dan DISINI.
Kesemua soalan-soalan itu ditolak atas alasan tidak mengikut prosedur iaitu menghantarnya melalui email. Walaupun soalan-soalan daripada Adun-adun PR telah dihantar melalui tangan dan surat berpos, ianya masih dikira sah seperti mana surat daripada Ganesan dibawah ini:-
Ganesan ternyata melanggar kandungan surat yang dihantarnya mengenai tatacara penghantaran Soalan-soalan untuk sidang 30 Mac.
Rakyat Perak telah muak dengan permainan politik bacul Umno dan BN selama ini. Kami mahukan pemerintahan dan pentadbiran yang adil dan telus.
Perbincangan ditolak oleh Zambry
Surat jemputan daripada Adun-adun Pakatan Rakyat kepada Zambry untuk berbincang mengenai sidang dun negeri Perak telah ditolak mentah-mentah oleh Zambry. Kenapa perlu takut sangat?
Kesemua Adun-adun PR yang menunggu ketibaan Zambry dan Ganesan untuk berbincang melahirkan rasa kecewa apabila kedua mereka tidak menghadirkan diri.
Sivakumar disahkan Speaker yang sah oleh Tajol Rosli
Sesuatu yang diluar jangkaan Zambry apabila Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak telah mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker Dun Perak yang sah apabila beliau menghantar fax kehadirannya ke sidang dun kepada Sivakumar.
Segala rentetan permainan politik bacul umno dan bn kini semakin menyerlahkan kelemahan mereka dalam menggenggam kuasa yang sebenarnya bukanlah milik mereka.
Ini adalah perkara yang biasa apabila anda berhadapan dengan lawan yang bukan JANTAN.
4 comments:
tak ada lain perkataan boleh di ungkapkan selain dari perkataan muak....muak dan jemu pd UMNO...
Mengapa masih lagi tidak mahu terima hakikat bahawa dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP telah melompat keluar dari PR.
Maka dengan sedirinya PR sudah kehilangan majoriti dalam Dewan.
Tidak ada undang2 yang membenarkan PRK diadakan bila ADUN melompat parti.
Mengapa tidak salahkan PKR dan DAP? Parti itu lah yang menyebabkan Kerajaan PAS tumbang di Perak.
Alahai Cikgu Pencen,apasal kes rasuah 2 Adun PKR itu tiba-tiba terus senyap menyepi sejurus mereka melompat? Ini semua komplot Umno/BN.Umno baling taik sembunyi tangan...dia lupa masih ada taik yg terlekat ditangannya...
Wahai Ajijoi,
Dengan soalan yang begitu banyak menunjukkan bahawa PR (tak berdaftar) hanya tahu bertanya tapi TAK TAHU MEMERINTAH, BEKERJA dan BERUSAHA semasa menjadi kerajaan.
Soalan nampak banyak tapi belum tentu sesuai dengan taraf orang yang ditanya.
Blog pro PAS rasa percayakah dengan soalan yang begitu banyak seperti yang digembar-gemburkan oleh ADUN PR (tak berdaftar).
Keraguan timbul tentang soalan tersebut. Tujuan, niat dan matlamat soalan tersebut juga menjadi persoalan.
Untuk apa soalan yang terlalu banyak? Kenapa? Bagaimana? Untuk siapa? Bila masa nak jawab dengan soalan yang begitu banyak?
Sepatutnya hantarlah 1,000,000 soalan. Kenapa hantar 216 soalan? Terlalu sedikit.
Semasa menjadi kerajaan, LEBIH BANYAK BERPOLITIKNG dan MENCARI, MENGUMPUL SOKONGAN serta mencuri peluang MENGGUNAKAN KHAZANAH NEGERI UNTUK MENCARI KEKAYAAN.
Perkara ini berlaku di Kelantan yang telah lama diperintah PAS namun PAS yang sebelum memerintah Kelantan TIDAK MAMPU MEMBELI BANGUNAN DI KUALA LUMPUR.
Setelah memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun, PAS mampu berbuat demikian. Dari mana wang itu datang?
Malah ADUN dan MP dari PAS yang dahulunya HIDUP BERTARAF SATU BINTANG kini HIDUP BERTARAF ENAM BINTANG.
Tidak kurang juga berlaku di Perak.
Kalau betul memerintah secara Islam, perkara buruk di Perak tidak akan berlaku.
Ragam PR (tak berdaftar) macam budak berhingus.
Dengan soalan yang kononnya 216 soalan kalau tak dijawab mereka akan menangis dan meraung dalam dewan.
Mengata UMNO dan BN tapi PAS YANG LEBIH kononnya berjuang demi Islam.
Memperbodohkan rakyat tidak sama dengan beribadat membantu rakyat.
Yang diperbodohkan ialah ahli PAS sendiri dan mereka yang menyokongnya.
Soalan saya mengenai PAS belum lagi dijawab.
Kalau dahulu PAS menuduh UMNO sebagai KAFIR apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC, bagaimana pula gelaran yang patut diberikan kepada PAS apabila berkawan dengan DAP?
Malangnya sampai sekarang TIADA JAWAPAN.
Walau apapun dan berapa banyak soalan pun tidak mengapa tapi KERAGUAN MENGENAI KESAHIHAN SOALAN tetap menjadi persoalan.
Apa yang nyata ialah penyokong PR (tak berdaftar) termasuk blog pro PAS jelas kena tipu oleh pemimpin mereka.
Permainan politik ini tidak menjadi kudis buta kepada orang lain.
UMNO sentiasa sabar dengan KERENAH PAS DAN PR (TAK BERDAFTAR).
Tunggulah apa yang akan berlaku pada PR (tak berdaftar) dan PAS selepas ini.
Sama ada PENANGAN RAKYAT (PR) dan PAKAT KELUAR RAMAI2 (PKR).
Sekian.
Post a Comment