Monday, March 15, 2010

Media pro Umno wajib henti laporan perkauman

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyeru akhbar rasmi Umno/Barisan Nasional khususnya Utusan Malaysia agar lebih profesional dalam melaporkan berita dan menghentikan laporan bersifat perkauman.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dukacita terhadap pengabaian kebebasan yang dilakukan oleh media baru berkata, titah itu harus diberi perhatian oleh semua pihak, termasuk media milik Umno/Barisan Nasional.

"Saya kira yang terkesan sekali bukan sahaja media baru tapi yang paling penting iaitu lidah rasmi yang ditawan parti Umno, kerana banyak siaran Utusan Malaysia itu begitu rasis dan memang membangkitkan sentimen kebencian dan perkauman.

"Saya fikir selepas perutusan (Tuanku Mizan) hari ini, Utusan Malaysia wajib melaksanakan tugas dengan profesional, jangan lagi wujud serangan yang jahat yang mampu membangkitkan kebencian kepada orang Melayu dan bukan Melayu," katanya kepada pemberita di lobi parlimen tengah hari ini.

Tuanku Mizan ketika merasmikan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 hari ini bertitah bahawa fitnah, pembohongan dan pemesongan fakta masih berterusan dengan merujuk kepada kandungan media baru.

“Semua pihak yang terlibat perlu sedari, tiada agama yang merestui tindakan sedemikian. Kami menggesa mereka supaya menghentikan segera perbuatan itu,” titah Tuanku Mizan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Umno/Barisan Nasional sering kali menggunakan saluran tertentu untuk kepentinagn mereka.

"Hakikatnya itulah Barisan Nasional, sering berselindung di sebalik pihak-pihak lain untuk kepentingan mereka," katanya.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen akan bermula esok dan berakhir 15 April.

-harakahdaily

Ajijoi ~ Hanya itulah saja senjata yang mereka ada - perkauman. Tambahan pula segala laporan daripada media pro umno ini dilindungi oleh kerajaan manakala media baru dikecam walaupun kebenaran yang dihidangkan buat maklumat rakyat.


No comments:

Followers