Monday, March 29, 2010

Kunjungan anda dinantikan oleh Ust Hj Shuib Hussin

Masihkah anda ingat kepada Ustaz Shuib Hussein, Timbalan YDP Pas Kampar dan juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Pas Perak yang diserang strok pada 2 Feb lalu? Saya ada menulis mengenai keadaannya (DISINI) yang terlantar di Kinta Medical Center pada waktu itu.

Kini beliau menjalani hari-harinya di rumah dengan satu persoalan yang masih belum dijawab, "Mana kawan-kawan aku?"

Gambar-gambar ini saya perolehi daripada facebook anaknya, yang menceritakan bagaimana rindunya si abah terhadap rakan-rakan yang sama-sama berjuang dahulu.

Semoga dengan kesayuan yang terpampang daripada gambar-gambar ini, dapatlah kiranya sahabat-sahabat menjenguk Ust Hj Shuib dirumahnya di Kampar agar terubat rindu dendamnya bergelumang kesana sini selama ini bersama kita diwaktu sihatnya.

Jauh renungannya menanti ketibaan para sahabat


Bersama cucunya Nayli

Rawatan oleh Pak Nan

Sdr Rahim dari Unit Amal yang selalu menemani

Kesepian yang bertemankan ubat-ubatan

3 comments:

cikgu pencen said...

Sudah menjadi lumrah alam, habis manis sepah di buang.

Azizul Nizam said...

cikgu pencen macam terasa je dengan komen yang sebegitu....

maklum le, orang pencen

cikgu pencen said...

Saya tetap bersyukur ke hadrat Illahi dengan rezeki yang melimpah ruah hingga ke saat ini.

Saya juga tidak pernah lupakan jasa2 kerajaan terhadap apa yang saya sedang nikmati hari ini.

Rezeki memang dari kurniaan Allah, walaubagaimana pun apa yang kerajaan lakukan selama ini tidak pernah menyusahkan hamba rakyatnya.

Mungkin Sdr Ajijoi tidak pernah mengalami hidup di zaman tahun 50 han. Ketika itu hidup sangat berbeza macam langit dengan bumi jika di bandingkan dengan kehidupan hari ini.

Kita hindarkan sifat dan sikap tamak, iri hati terhadap mereka yang lebih berada dari kita. Cukup lah sekadar rezeki yang telah dijanjikan oleh Allah.

Followers

Video ajijoi

Loading...