Friday, March 5, 2010

ANAK MUDA GESA WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT TERUS KONSISTEN BAWA PERUBAHAN UNTUK RAKYAT

Kestabilan Pakatan rakyat tidak tergugat sama sekali dengan isu beberapa ahli parlimen yang keluar dari pakatan rakyat mutakhir ini, tegas Saudara Mohd Hafez sabri Koordinator Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM )

Bagi anak muda yang cintakan perubahan yang baik untuk rakyat Malaysia kami mengharapkan agar seluruh ahli parlimen serta adun dari pakatan rakyat agar terus komited dan berazam untuk membela dan mengutarakan masalah rakyat selain meneruskan agenda perubahan yang telah dibawa selama ini, jelas beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya amat berharap agar wakil rakyat dari Pakatan Rakyat akan terus memegang amanah yang diberi rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu

Menurut beliau lagi anak muda menaruh harapan yang tinggi kepada pakatan rakyat untuk terus berjuang membela rakyat dan membebaskan rakyat dari cengkaman rejim umno-bn selama ini.

Memetik ucapan beliau “ Bagi kami anak muda, pakatan rakyat tidak akan terjejas dalam persiapan menjelang pilihan raya umum kan datang, bahkan gelombang untuk menukar kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang kepada pimpinan pakatan rakyat semakin hangat diperbincangkan peringkat anak muda “

Beliau menjelaskan lagi, hasil daripada program turun padang pimpinan pakatan rakyat, pakatan rakyat dilihat mendapat sokongan padu dari rakyat khususnya anak muda, hal ini kerana anak muda sudah hilang kepercayaan terhadap umno/bn yang sering menipu rakyat.

Selain itu beliau juga yakin bahawa, adun dan ahli parlimen yang melompat parti pasti akan dihukum oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan dating, golongn terbesar yang akan menolak mereka adalah anak muda.

Memetik kata-kata beliau “ bagi saya mereka yang lompat parti ini seperti orang yang tamak dengan habuan dunia,kami anak muda tidak perlukan orang seperti ini, dalam kamus perjuangan kami tidak ada guna pengkhianat amanah rakyat ini berada disisi masyarakat, kerana mereka bukan berjuang untuk rakyat tetapi untuk kepentingan diri
mereka sendiri “

Sehubungan itu, koordinator institut pemikir muda Malaysia itu turut memuji dan mengagumi kesetiaan wakil rakyat daripada PAS yang terus komited dan konsisten dalam menentang kezaliman umno/bn dan tidak pernah putus asa serta kecewa dalam membela nasib rakyat dalam membina Malaysia kearah yang lebih baik.

No comments:

Followers