Saturday, March 6, 2010

Mufti Perak boneka Umno?

Mufti Perak, Tan Sri Harussani kini mula menampakkan wajahnya yang 'sebenar' dikhalayak ramai apabila mendedahkan bahawa beliaulah yang menjadi boneka kepada Umno dengan menjadi orang tengah merundingkan untuk penubuhkan kerajaan perpaduan di antara PAS dan umNO di negeri Perak dahulu.

Bagaikan jurucakap kepada umNO, beliau didakwa menokok tambah cerita untuk kesedapannya menghentam Pas akibat dendam kerana gagal untuk mengembalikan Umno berkuasa di negeri Perak apabila tumbang kepada gabungan tiga parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP yang berjaya bergabung lalu terbentuknya sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak sebelum dirampas secara jijik oleh Umno Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu, adalah lebih baik jika Harussani melepaskan jawatannya sebagai Mufti (Melayu) Perak dan bertanding dengan tiket umNO di dalam pilihanraya nanti.

Saya amat bersetuju dengan cabaran Dato' Mahfuz Omar agar Harussani meletakkan jawatannya sebagai Mufti Perak dan melibatkan dirinya secara langsung di dalam politik.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...