Sunday, March 21, 2010

Diminta Jaipk bertindak

Tonggang ayor ape tu yopppp??

Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) diminta mengambil tindakan berdasarkan laporan bergambar yang tersiar di akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Mac 2010, Jumaat (hari ini). Gambar yang tertera diruangan SENTRAL akhbar berkenaan menunjukkan seorang yang berpangkat CEO di sebuah hospital swasta terkenal di Ipoh, Perak sedang menuang sejenis minuman yang dilihat seolah-olah menyerupai botol minuman keras kedalam susunan cawan sewaktu meraikan lebih 400 orang tetamunya.

Mengikut nama yang tercatat dalam laporan tersebut, individu yang melakukan perbuatan tersebut dipercayai adalah seorang beragama Islam. Sekiranya benar acara yang dilaporkan akhbar berkenaan membabitkan penggunaan minuman keras yang diharamkan itu, pihak JAIPk perlulah bertegas mengambil tindakan tanpa mengambil sikap memilih bulu walaupun pelakunya merupakan orang besar dalam dunia perniagaan kesihatan negara.

Negara sebelum ini pernah digemparkan dengan berita penangkapan seorang model sambilan wanita atas kesalahan meminum arak dikhalayak ramai disebuah kelab hiburan dalam negeri Pahang. Kesnya yang mendapat perhatian dunia kerana buat pertama kali hakim mahkamah syariah telah menjatuhkan hukuman sebatan terhadap pesalah wanita. Namun hukuman itu masih tertangguh akibat campur tangan banyak pihak sehingga mengundang banyak persoalan masyarakat umum samada hukuman tersebut akan diteruskan ataupun dibatalkan dengan kuasa yang ada pada Sultan Pahang, ketua agama bagi orang Islam negeri Pahang walaupun pesalah memilih untuk menerima hukuman.

Apapun aku harapkan adanya penafian dari pihak hospital tersebut selepas ini sekiranya berita yang aku tulis ini tidak benar. Ianya bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tanggap terutama orang seperti aku. Sekian terima kasih.

* pautan gambar dari sumber Ipoh Echo [link]

-budak ipoh timor

No comments:

Followers