Tuesday, March 2, 2010

Menjawab Parpukari

Hari ini saya diberitahu bahawa blogger Umno, Parpukari (House PK) membuat entri mengenai artikel saya yang bertarikh 13/02/2010 tentang mohon bantuan untuk penyakit kronik jantung berlubang.

Jika tidak diberitahu, memang saya takkan tahu kerana blog parpukari bukanlah antara blog yang biasa saya kunjungi kerana isi kandungannya yang hanya penuh dengan maki hamun dan hamburan keta-kata kesat serta lucah, ditambah pula amat gemar mencantumkan gambar orang-orang tertentu supaya menjadi suatu suasana yang berbeza.

Lihat saja tajuk yang digunakannya untuk menghentam saya. Mengapa perlu diguna dan dikaitkan dengan nama Nizar? Ini adalah taktik biasa bagi blog-blog yang tidak mendapat sambutan untuk menarik minat orang berkunjung.

Berbalik kepada komen daripada Parpukari yang mahukan penjelasan daripada saya mengenai artikel tersebut, email mengenai artikel itu telah saya terima pada 7 Februari 2010. Sebagai seorang Muslim yang ingin membantu meringankan bebanan sesama Muslim, saya telah menaikkan artikel tersebut pada 13/02/2010 dengan harapan agar ada yang sudi untuk membantu setelah membaca artikel itu. Hanya itulah motif yang saya ada, untuk pengetahuan Parpukari.

Nabi S.A.W bersabda : ” Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : ” Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Luqlu Walmarjan nombor 667 ).

Sebelum menjawab kepada isu yang dinaikkan oleh Parpukari ini, saya telah menghubungi Puan Fazirah Bt Sidek, ibu kepada pemohon bantuan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Menurut Puan Fazirah, anaknya Adrianna Alysya telahpun meninggal dunia pada 1 Ramadhan 2008 lagi dan beliau meminta bantuan saya untuk menghebahkan agar rantaian email memohon bantuan untuk arwah anaknya dihentikan.
Akaun bank yang tertera di dalam email itu pun telah ditutup.

Saya juga mengambil kesempatan itu untuk memohon maaf daripadanya kerana email yang datang kepada saya telah disebarkan oleh orang-orang yang tidak tahu menahu duduk perkara yang sebenarnya.

Mungkin pada masa ini Parpukari tiada isu yang hendak dimainkan sehingga terpaksa membesarkan isu ini. Adalah lebih baik jika Parpukari menjawab ISU PANAS yang INI.

2 comments:

azman kamarul said...

ELOK SANGATLAH BLOG PARPUKARI TU PAKAT TUTUP KEDAI JE LAH......USAHKAN NAK BACA NAK TENGOK NAMA WEB SITE DIA PUN DAH MACAM TERHIDU KARI BASI....

Anonymous said...

Nasihat saya kepada Tn Ajijoi, eloklah semak e-mail2 berantai ini terlebih dahulu sebelum "forward" pada orang lain. Bukankah kita diajar untuk memastikan sesuatu berita itu benar sebelum menyebarkannya? insya Allah, sama2 ambil iktibar dan terimalah teguran yang haq walaupun dari sesiapa pun.

Followers