Wednesday, March 31, 2010

Sidang Dun Perak 2010: Cukupkah hanya 2 hari?

IPOH 30 MAC: Sidang Dun Perak yang berlangsung hari ini akan hanya berlangsung selama 2 hari sahaja.

Cukupkah masa yang diperuntukkan untuk membincang dan membahaskan masalah rakyat negeri Perak yang seramai 2256400 orang? Hari pertama hanya untuk pembukaan dan perasmian oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah manakala hari kedua pula perlu dihabiskan segala perbahasan yang berkaitan.

Mengapa permintaan pihak Pakatan Rakyat untuk bersidang sekurang-kurangnya selama 5 hari bagi memberikan ruang yang luas untuk membahaskan segala permasalahan rakyat?

Mengapa soalan-soalan pihak Adun Pakatan Rakyat ditolak? Adakah Umno dan BN ingin mengulangi persidangan yang lalu apabila diselesaikan hanya dalam masa 20 minit sahaja?

Dimanakah hak rakyat Perak? Apa gunanya persidangan andaikata tidak diambil serius?

4 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Jangan lupa pula pada sidang yang lepas.

Gangguan yang banyak oleh pembangkang pada sidang menyebabkan masalah rakyat tak dapat dibincang dan dibahaskan kerana SIBUK BUBAR DUN.

Masa itu tak terlintas langsung di hati pembangkang banyak kerosakan yang dilakukan oleh ADUN pembangkang di dalam Dewan.

Tiada soalan yang dikemukakan oleh mereka. Mana MASALAH RAKYAT?

Masa itu juga masalah rakyat diketepikan oleh ADUN tersebut. Asyik dengan BUBAR DUN.

Baru sekarang hendak fikir masalah rakyat yang selama ini telah diketepikan oleh pembangkang.

Jadi kenapa sibuk2 kata tak cukup masa selama 2 hari.

Itu pun setelah KALAH di mahkamah.

Bijak juga BN Perak menguruskan perangai mereka ini.

Semua orang tahu BN bukan sahaja lebih mengetahui masalah rakyat malah boleh menyelesaikan berbanding PR (tak berdaftar).

Pembangkang hanya tahu masalah rakyat tapi BELUM TENTU MASALAH ITU BOLEH SELESAI. Hanya tukang dengar dan lepas itu tinggal begitu sahaja.

Sebabnya BN sudah lama tahu masalah rakyat di kawasan masing2 sedangkan pembangkang hanya tahu apabila masuk di sesuatu kawasan untuk jadi calon.

Jadi BN hanya cari masa untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

Buat sementara ini biarlah 2 hari sahaja untuk Ajijoi. Sebab 'ribut' pembangkang pada masa sidang lepas belum diketahui lagi. Itulah sebabnya sidang kali ini selama 2 hari sahaja.

Kalau 'angin' pembangkang nampak baik, bolehlah ditambah.

Jika 'angin' pembangkang menjadi sepoi2 bahasa jumlah hari bersidang boleh ditambah pada masa depan.

Kesimpulannya mudah.

Kalau pembangkang tak buat kacau, masalah rakyat mudah dibincang dan dibahas.

Bubar DUN bukan masalah BN.

Jadi apa perlunya bising2 pasal itu.

Sekian.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Apa sudah jadi di DUN Perak hari ini.

Kahabar berita yang diterima tiada soalan dibangkitkan oleh pembangkang.

Katakan ada 216 soalan.

Mana pergi soalan itu. Agaknya soalan itu dicuri.

Itu sebabnya mereka keluar dewan.

Macam kartun pulak.

Sekian.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Khabarnya ADUN pembangkang keluar dewan.

Tiada soalan dikemukakan tapi banyak soalan.

Siapa yang menipu dan tertipu?

Mana perginya MASALAH RAKYAT.

Dua hari tak cukup.

Ajijoi hendak berapa hari? 20 hari? 30 hari?

Siapa sebenarnya WAKIL RAKYAT?

Agaknya mengikut pandangan PR (tak berdaftar) mengenai keluar dewan ialah apabila tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan negeri dan pusat.

Semasa Nizar dan geng dalam kerajaan negeri, mereka tak keluar dewan tapi apabila jadi pembangkang mutlak keluar dewan pulak.

Maklum le kerusi yang 28 tu nampak banyak setelah hilang 3 kerusi.

Selepas hilang 3 kerusi, hilang pula kerusi negeri yang mereka panggil PERAK DARUL KARTUN.

Negeri yang sudah cantik sampai begitu gelarannya sama seperti pendukungnya.

Sekian.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Sudah terang lagi bersuluh.

ADUN Pembangkang seperti merancang sesuatu pada sidang hari ke 2 di DUN.

Tidak malu sungguh rupa mereka apabila berpakaian HITAM dan mambawa POSTER ke dalam DUN yang mulia itu.

Adakah ini cara membincang dan membahaskan masalah rakyat?

Ajijoi minta sidang lebih dari 2 hari untuk apa kalau mahu berdemonstrasi.

Inilah politik demokrasi ala barat seperti meniru Taiwan.

Islam tidak mengajar seperti ini apabila berpolitik.

Jadi siapa sebenarnya mengamalkan politik suku agama suku yang diajarkan oleh Tok Hadi Awang dalam Amanat Haji Hadi pada tahun 1987 kalau tidak PR (tak berdaftar).

Inilah datuk nenek moyang PAS kesayangan Ajijoi yang ajar.

Tidak susah untuk menilai orang politik seperti ini apabila kuasa yang telah jauh meninggalkan PR (tak berdaftar) tapi masih mahu mengejarnya walaupun sanggup menipu penyokong mereka.

Kalau yang berpakaian HITAM dan membawa poster itu adalah ADUN BN, blog pro PAS akan bertelor sebiji riuh rendah seluruh bandar, kampung dan desa.

Sudah dijangka bahawa episod ini tidak diketahui oleh penyokong pembangkang.

Kerajaan dan rakyat telah merasai betapa MEMBAZIRNYA WANG RAKYAT dengan memilih mereka yang ada pelajaran tetapi bernafsu besar untuk berkuasa.

Sekian.

Followers