Monday, March 29, 2010

Kenapa Jangan Sokong Umno (Akhir)

Manusia yang cerdik adalah manusia yang mampu menilai dengan baik yang mana betul yang mana salah. Manusia yang bodoh adalah manusia yang hanya menyokong tanpa usul periksa. Rakyat yang cerdik adalah rakyat yang tahu memilih kerajaan mana benar - benar membela rakyat. Rakyat yang bodoh adalah rakyat yang termakan dengan penipuan dan kenangan lama yang sudah lama hilang.

Kita harus memilih antara cerdik dan bodoh. Jika kita memilih menyokong sebuah kerajaan yang tahu membohong maka jangan salahkan esok bila generasi yang akan datang terus - menerus menyalahkan kita kerana tidak pernah sesekali kita menghukum kerajaan yang penipu ini. Jika kita memilih dengan baik dan memilih sebuah kerajaan yang adil kepada semua rakyat, sudah pasti generasi akan datang akan hidup dengan terus gemilang dan berterima kasih kerana kita telah meletakkan satu penanda politik yang baik kepada mereka.

Umno adalah sebuah parti yang sudah lama menipu Melayu. Umno juga telah lama menipu Cina dan India melalui MCA dan MIC. Kita rakyat Malaysia sudah sekian lama dipaksa menerima cerita Cina akan rampas hak Melayu. Melayu akan bunuh semua orang Cina. Hanya kerana untuk mempertahankan kuasa untuk mengayakan sanak - saudara, Umno, MIC dan MCA sanggup melihat rakyat bergaduh sesama sendiri. Tapi mereka tidak rela melihat rakyat bersatu. Kerana mereka tahu jika rakyat bersatu segala macam penipuan yang lebih teruk dari Zionis Yahudi itu akan terbongkar dan ditanam kedalam tanah.

Sekarang Umno memperalatkan PERKOSA. Tujuannya supaya membangkit amarah orang Melayu yang sudah lama tidak mahu terjerumus ke kancah pergaduhan kaum. Mereka mahu dilihat bersih dari sebarang usaha mencetuskan pergaduhan kaum. Tapi mereka juga mahu melihat Melayu terus bergayut dengan tongkat reput Umno. Caranya? Perkosa diwujudkan. Apabila usaha Perkosa yang secara terus - menerus membangkitkan soal KETUANAN MELAYU dan membuahkan hasil. Percayalah Umno akan senada dengan Perkosa. Kenapa? Lihatlah, hingga sekarang usaha untuk menangkap Ibrahim Ali dan kuncu - kuncunya tidak dibuat. Bayangkan jika Perkosa ini milik PAS atau PKR. ISA 10 TAHUN!!!

Jadi, kita sudah melihat bahawa Umno menipu Melayu semata untuk memenuhkan poket mereka dengan wang dan membulatkan isteri mereka masing - masing. Umno sanggup meroboh dan menjual tanah orang Melayu kepada pemaju tidak kiralah pemaju itu Cina atau India mahupun Melayu kerana ianya menjanjikan keuntungan yang tinggi. Umno sanggup melihat orang Melayu bergaduh dengan Cina, India dan lain - lain semata kerana ingin mempertahankan kuasa kerana mahu mengekalkan kekayaan yang mereka miliki.

Umno akan sekali lagi memperalatkan MIC pada PRK Hulu Selangor. Apabila MIC menang maka bertambahlah kerusi untuk Umno. Kenapa Umno? Umno hanya memperalatkan lambang dacing untuk kuasa mereka. Ingat, Umno tidak akan berkuasa jika rakyat Malaysia sebulat suara menolak kebusukan mereka. Umno tidak akan berkuasa jika orang Melayu sedar bahawa selama ini mereka ditipu. Orang Melayu harus sedar Umno sememangnya penipu besar. Mereka lebih jahat dari Yahudi Zionis. Mereka lantang menentang Yahudi Zionis tapi mereka juga melantik syarikat APCO (yang merupakan penyokong kuat ZIONIS YAHUDI) yang mereka 1Malaysia. Bukankah penipu namanya?

Terakhir dari penulisan ini, sedarlah. Umno perosak negara sebenarnya. Umno menjahanamkan Melayu dengan terus - menerus membiarkan Melayu hanyut dengan cerita dongeng mereka. Baik dari sejarah Melaka hinggalah mitos orang Cina akan rampas hak Melayu. Semuanya menipu orang Melayu. Sampai bila orang Melayu relah dibodohkan oleh Umno. PRK Hulu Selangor menjadi medan kita membuang Umno. Membuang Umno bererti kita telah selamatkan Malaysia dan bagi orang Melayu buang Umno bererti kita sudah tidak rela dibodohkan. Berfikirlah secara bijak.

Sekian Terima Kasih

-nukilan From Vehicle To Life blog

6 comments:

cikgu pencen said...

Saya fikir segala kesenangan dan kemewahan yang kita sedang nikmati hari ini adalah hasil dari pemerintahan BN.

Tidak ada sebesar hama pun jasa2 atau hasil usaha PAS atau PKR yang pernah kita nikmati selama ini.

MANSOR JUNUS said...

Cikgu pencen jangan cakap tidak guna otak. Sebab:

Minyak telah menyumbang 40.0% daripada pendapatan negara. Sumber inilah yang dipergunakan oleh BN/UMNO untuk menyatakan kepada rakyat bahawa mereka lah yang memakmurkannya. Malaysia sudah lama bawa tempurung minta sedekah seandainya Allah SWT tidak takdirkan sumber ini berada dipersisiran Malaysia. Bukan sebab UMNO/BN pandai urus. Sepanjang 'tenure' Mahathir dan Pak Lah berkuasa, 500.billion hasil minyak telah dipergunakan. Lihat apakah hasilnya kepada rakyat jelata. Pegangan equiti melayu masih bawah 15.%. Yang lain tak payah sebutlah.

cikgu pencen said...

Ape? kau ingat bila PAS perintah semua nya akan berubah jadi baik, semua rakyat boleh hidup mewah senang lenang dan kaya raya?

Dah hampir setengah abad PAS berkuasa di Kelantan - apa dah jadi? Semua rakyat Kelantan dah hidup mewah kaya raya? Berakhlak baik bebas dadah, bebas judi, bebas pelacuran dan persundalan?

Pigi dah! kalau PAS berkuasa, habis hancur lebur negara yang aman makmur dan sejahtera ini.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,
Dalam artikel ini beberapa persoalan timbul yang agak meragukan berkaitan dengan politik masa kini.
Penulis artikel ini ialah seorang anak muda yang masih berhingus. Dia melihat UMNO sebagai sebuah parti yang jangan disokong dan melihat PR (tak berdaftar) dari sudut fikiran yang kontang ilmunya dalam kotak akalnya yang sangat tandus.
Ibu bapanya entah macam mana gagal memberi ilmu yang sebaiknya kepada anak muda ini. Kalau umurnya 15 tahun lagi sudah berperangai negatif apatah lagi ketika membesar. Semasa belajar di sekolah agaknya dia ponteng, gelisah, tidak berdisiplin dan merapu.
Mungkin atas sebab lain yang tidak diketahui, dia memandang UMNO dengan begitu negatif sekali. Kejahilannya terserlah walaupun nampak boleh menulis.
Tidak terkecuali Ajijoi, pemilik blog ini.
Bodohkah kalau memilih Umno dan BN dan cerdikkah kalau memilih PR (tak berdaftar)?
Benarkah UMNO menipu Melayu selama ini?
Benarkah UMNO memperalatkan MIC, MCA dan PERKASA demi kelangsungan kuasa?
Benarkah UMNO ingin orang Melayu bergaduh dengan kaum lain?
Benarkah UMNO menipu orang Melayu?
Siapakah yang menipu dan ditipu? Adakah PR (tak berdaftar) atau UMNO yang menipu? Orang Melayu atau kaum lain yang ditipu?
Benarkah UMNO lebih jahat dari Yahudi, perosak negara, menipu orang Melayu sehingga orang Melayu rela dibodohkan?
Siapa yang sepatutnya dibuang di dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor?
Berfikir secara bijak? Apa? Bagaimana? Kenapa? Bila? Untuk siapa? Di mana?
Benarkah UMNO menghalau bangsa sendiri demi pembangunan tidak seperti Yahudi yang menjaga keselamatan bangsanya sendiri?
Benarkah DAP boleh diharap membela Melayu?
Akhir sekali, saya tidak ingin langsung membentangkan hujah ke atas artikel budak hingusan PR (tak berdaftar). Soalan di atas memang mudah untuk dijawab berdasarkan apa yang dibangkitkan dalam artikel tersebut. INGATLAH HATI ORANG MUDA TIDAK KE MANA APABILA DIA SUDAH TUA.
Untuk pengetahuan Ajijoi, semua orang sudah tahu siapa sebenarnya PR (tak berdaftar). Jadi tidak perlu saya berhujah kerana hujah saya yang sedikit sebelum ini mengenai hukum hudud tidak dijawab pun oleh Ajijoi.
Ketahuilah bagaimana nasib PKR di Hulu Selangor nanti.

SEKIAN.

MANSOR JUNUS said...

Adalah menarik Cikgu Pencen membuat perbandingan dengan K'tan. Kerana:
1. K'tan adalah negeri yang paling rendah hutangnya dengan K'jaan Pusat dan K'tan juga memiliki rekod terbaik dalam pembayaran balik hutangnya kepada K'jaan Pusat. Sedangkan Serawak, Kedah dan S'ngor adalah yang terburuk, iaitu melebihi RM2.B sehingga 2008. Walau pun dalam keadaan tertekan dengan kelewatan peruntukan tiba.
Untuk makluman, PBT di K'tan tak dapat sebarang peruntukan dari K'jaan Pusat bagi membiayai pengurusannya.
2. K'tan adalah satu2nya negeri yang masih mempertahankan ketuanan dan budaya tradisi melayu. Dimana:
a. Semua kedai2 dalam bandar di K'tan masih mempertahankan tulisan jawi.
b. Tanah2 di K'tan masih kekal dalam tangan orang2 melayu dengan perlindungan kanun tanah bukan rakyat K'tan tidak boleh membeli tanah disana.
c. Budaya melayu seperti silat, dikir barat, gasing, wayang kulit dan wau masih lagi segar diamalkan di sana.
d. Loghat tempatan bukan sahaja menjadi pertuturan orang melayu, bahkan cina dan lain2 bangsa juga bertutur dalam loghat trmpatan.
e. Lawatilah pasar2 di sana, di KB umpamanya, lihatlah siapakah yang menguasai urusniaga di sana.
e. Tiap2 pagi jumaat, datanglah ke KB dan lihatlah siapakah yang memberi kuliah agama kepada hadirin yang datang beribu2.
f. Bandingkanlah kerendahan MB nya dengan mana2 pun MB di negeri2 lain. Lihatlah kontrastnya.

Semoga saudara mendapat iktibar darinya. Janganlah asyik kilik U.Malaysia dan B.Harian saja.
Sebagai renungan. Jangan marah...

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi dan Mansor Junus,

Bukan soal hutang rendah atau tinggi.

Masalah yang dihadapi oleh Kelantan ialah pengurusan kewangan secara keseluruhannya.

Kelemahan yang wujud bukan setakat pengurusan kewangan malah lebih dari itu.

Kalau mengikut teori politik Nik Aziz, UMNO tidak berhak cakap pasal Islam kononnya tak reti.

Maknanya Mansor Junus juga tidak berhak bercakap pasal ekonomi dan kewangan sebab tak reti macam Nik Aziz. Hanya pandai sebut pasal hutang tinggi rendah.

Sudah lebih 20 tahu memerintah masih tak reti lagi. asyik kerja politik sahaja.

Itulah sebabnya juga asyik meminta dari kerajaan pusat yang bukan gengnya.

Senarionya begini.

Katakan Mansor Junus ingin meminta wang dari Ajijoi kerana masalah kewangan. Katakan RM1. Entah macam mana Mansor Junus buat fitnah dan kata macam2 terhadap Ajijoi. Perkara ini diketahui oleh Ajijoi.

Tiba2 Mansor Junus menghadapi masalah hutang ceti dan minta lagi dari Ajijoi.

Adakah Ajijoi nak beri walaupun ketika itu Mansor Junus kesusahan?

Sudah tentu Ajijoi tak jawab telefonnya.

Maknanya, PAS banyak menggigit jari orang yang memberinya tetapi kerajaan pusat adalah KERAJAAN RAKYAT YANG SEBENARNYA.

Senarai yang diwar2kan oleh Mansor Junus di atas menunjukkan bahawa itulah sahaja yang mampu dilakukan oleh Kelantan.

Lebih daripada itu, carilah di negeri lain yang lebih baik dari segi pengurusan sesebuah negeri.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...