Lihat saja cara Mohsin membaca teks yang disediakan semasa pengumuman keluar dari PKR dengan alasan 'Kalimah Allah'.
Jika beliau keluar secara jujurnya, mengapa perlu adanya Salehudin Hashim bersama-sama dengannya?
Sudah tentu ada yang tidak kena.
MP Bagan Serai pula umum keluar PKR
Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim. Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.
Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar. Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang. Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP. DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23. Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.
Salehudin (kiri) pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.
Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.
Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment