Thursday, March 4, 2010

Amukan 'Kulaan' buat si pengkhianat Mohsin Samuri di Bagan Serai

Rentetan & masa 'demo' aman oleh kulaan di Parlimen Bagan Serai diperincikan seperti dibawah.

Jam 9.30am
Wak sampai dan disambut ramah oleh YB Yunos Bin Jamhari, Ketua Cabang Keadilan Bagan Serai, Bro Tan Kuda dan beberapa sahabat dari Pakatan Rakyat.

Temubual terus dibuat kerana masa yang terhad. Alhamdulillah, dapat menyiapkan 3 temubual terus dengan YB Yunos, Adun Kuala Kurau, Tan Kuda dan seorang saudara dekat Hj Mohsin (rujuk foto disebelah) berbaju putih. InsyaAllah, semua temubual yang direkodkan akan diuploadkan sedikit masa lagi. Beberapa penyokong bukan melayu dari Kelab Penyokong Pakatan Rakyat PAS sedang giat menyiapkan material untuk perarakan 'protes' yang dimulakan dari Pejabat PAS Bagan Serai, 800 meter menuju ke Pejabat Hj. Mohsin Tempirai.

9.50 am
Jentera dan penyokong serta Media siap siaga menunggu masa dari Ketua Cabang Keadilan, Tan Kuda untuk bergerak secara aman ke pejabat Keadilan.

Ketua Cabang Keadilan, Tan Kuda memberi ucapan ringkas kepada penyokong dan pengundi yang hadir 'protes' pagi tadi di Bandar Bagan Serai. Laungan 'Mohsin Pengkhianat' bergema dilaung penyokong.

10.00 am - Demo 'aman' protes Hj. Mohsin yang diiringi lebih kurang 500 pengundi beliau mula bergerak ke Pejabat Keadilan. Lagi foto dibawah.

'Kulaan TIPU Kulaan'. Apa macam Haji !!

Demo Protes yang dianjurkan oleh AMK dan Pemuda PAS Bagan Serai berlangsung aman. Dalam ucapan akhir di hadapan bangunan Keadilan pagi tadi, satu program solat hajat akan mula dilakukan mulai malam ini di Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Lagi foto perarakan 'protes' untuk tatapan pembaca albanjari. Kelihatan YB Yunos dan beberapa pimpinan Keadilan Cabang berjalan kaki menuju ke pejabat Hj. Mohsin Tempirai.

" Lepaskan Jawatan kamu sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai.."


Gambar Haji Mohsin di muka akhbar Utusan Meloya dibakar penyokong. Pengundi beliau kesal. Rata-rata melaungkan 'Undur Mohsin..Undur Mohsin, kosongkan kerusi..jangan malukan urang banjar'. Bila 'banjar' mula marah...! Ini sebahagian akibatnya.

Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha Pertubuhan Banjar Malaysia difahamkan mengalami masalah kewangan yang kronik. Dengan langkahnya, meninggalkan PKR..dan menjadi wakil Bebas, mungkin dapat membebaskannya dari belenggu hutang. Siapa yang membantu ?

Beliau telah khianat kepada pengundinya sendiri ! Menurut Tan Kuda, parti PKR bertanggungjawab dari sudut kewangan untuk pilihanraya. Kaduk Naik Junjung !

Pada pagi tadi juga papantanda PKR di pejabat Keadilan diturunkan sebagai tanda protes kepada Haji Mohsin Tampirai. Dibawah sebahagian lagi foto yang dapat dikongsikan bersama untuk pembaca blog albanjari.

" Kita tuntut Mohsin letak jawatan..!! "

'Dulu Datang PAPA KEDANA, kembali KAYA RAYA' klik untuk gambar yg lebih jelas

'Mohsin, Pengkhianat Banjar Bagan Sarai..'

Sewajarnya itulah yang Hj. Mohsin perlu dapat. TEMPIRAI dan TAPAK KASUT. Pantang Urang Banjar bila di baling dengan 'kasut' atau 'tempirai'. Sial hidup ! Demo pagi ini berjaya mengumpulkan lebih 500 penyokong Pakatan Rakyat yang mengundi beliau pada PRU12 lalu.

Khianat kepada pengundi. Tiada jalan selamat. Hadapilah kutukan dari pengundi haji sendiri. Mereka marah, mereka ditipu dan mereka dimangsakan. Mereka memberi undi, tuan haji dapat duit goni-goni. Betul ker ? Haa...? RM1.5 juta..?

Pengundi 'kulaan' berdemo dijalanan. Membawa 'tempirai' dan kasut buruk. Sanggup sungguh rupanya tuan bila wajah tuan haji di 'lincai'* lumat. Pengundi desak tuan haji turun ke Bagan Sarai..beranikah ?

Dibawah sebahagian foto untuk tuan haji simpan untuk kenangan buat anak bini. Rajin-rajin makan ubat, takut kena 'heart attack' pulak. Hutang ? Hmmm...! Kulaan dah 'tuntut' hutang tu..!

Sebahagian anggota Polis yang mengawal demo aman di Bagan Serai pagi ini.

Melekat sliper tu tuan haji, aduhhh..!!


-laporan dan gambar dari Kulaan wak albanjari

No comments:

Followers