Monday, March 15, 2010

Masalah ekonomi Malaysia tidak selesai selagi pengurusan tidak telus

IPOH: Koordinator Institut Pemikir Muda Malaysia Saudara Mohd Hafez Sabri menegaskan dalam kenyataan media beliau bahawa, Golongan yang paling teruk menerima kesan dari GST adalah golongan pekerja berpendapatan rendah.

Menurut Mohd Hafez Sabri, Negara kini berhadapan dengan bajet defisit selama 14 tahun berturut-turut. Perkara ini adalah disebabkan pengurusan kewangan Negara yang tidak cekap dengan lambakan pembaziran bagi projek-projek mega yang tidak membawa keuntungan ditambah pula dengan rasuah dan perbelanjaan pengurusan yang tidak masuk akal bagi beberapa agensi dan platform kerajaan.

Menurut beliau lagi, dalam Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia tahun lalu, daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi 2010. Jumlah RM10 bilion dalam tahun 2009 dibahagikan kepada RM5 bilion untuk belanja mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Memetik ucapan beliau “ Saiz perbelanjaan ini memberi impak kepada peningkatan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini.

Beliau turut mempersoalkan mengapakah kerajaan tetap yakin defisit ini akan dapat dibiayai daripada sumber dalam negeri, memandangkan tahap kecairan yang tinggi dalam sistem kewangan tempatan.

Soalnya sejauh mana ketelusan kerajaan dalam perbelanjaan ini? Tegas beliau lagi.

Menurut beliau dalam pengkalan data kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidikan Institut Pemikir Muda Malaysia, kami melihat kerajaan sekadar membentuk langkah-langkah bersifat pseudo-popular apabila rekod buruk kerajaan dalam membelanjakan dana Negara didedahkan. Hal ini sudah cukup membuktikan bahawa penyelesaian
ekonomi bersifat lipstik ini tidak dapat memulihkan ekonomi Negara dengan baik.

Bermula dari projek mega dan koridor yang masih belum membawa pulangan baik kepada Negara, ditambah pula dengan pembaziran pembelian aset Negara seperti Kapal Selam Scorpene dan kehilangan engine jet pejuang serta laporan dari Ketua Audit Negara terhadap kebocoran RM 28 billion dana Negara memberi gambaran bahawa ekonomi Negara ditadbir oleh golongan yang tidak cekap malah jauh dari ketelusan dan integriti.

Koordinator Institut Pemikir Muda itu juga menyatakan bahawa kerajaan BN harus faham bahawa rakyat khususnya generasi muda telah menunjukkan sikap penolakan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-12 yang lalu dan ternyata hingga kini BN masih tidak prihatin terhadap nasib rakyat.

Beliau membuat kesimpulan bahawa kerajaan Barisan Nasional sudah tidak mampu lagi menguruskan ekonomi Negara, selagi BN memerintah maka selagi itulah Negara akan mengalami kemerosotan ekonomi yang sangat teruk.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...