Semalam laptop saya menerima ujian yang amat teruk. Digodam oleh virus sehingga Windows tidak dapat berfungsi. Segalanya hanya hitam di skrin tanpa apa-apa aktiviti yang dapat dilakukan.
Kepala mula terasa berat apabila memikirkan banyak 'khazanah' yang tersimpan di dalam laptop yang belum sempat di pindah muat ke dalam cd. Gelap rasanya pandangan, segelap skrin yang masih tidak timbul-timbul program Windows-nya.
Mujur ada sahabat yang dapat menolong. Menjejak virus yang bertebaran disegenap folder satu persatu, yang ditugaskan untuk menghalang sistem komputer berfungsi seperti biasa.
Setelah diperiksa dan diselidiki, ternyata virus itu amat berbahaya dan bersaiz besar. Berperanan untuk melumpuhkan sistem agar tidak dapat berfungsi.
Virus yang bernama RVHOST.EXE itu menurutnya mungkin disebarkan menerusi IP Address internet bagaikan 'santau angin' yang menyerang mangsanya. MasyaAllah.
Apakah khabar yang dikatakan sebelum ini bahawa penggodam komputer telah diupah untuk menyekat pengaliran maklumat daripada blog-blog pro Pakatan Rakyat, ternyata benar?
Kepada sahabat-sahabat terutamanya yang berperanan sebagai penyebar maklumat kebenaran, silalah berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan komputer anda, perisaikan ia dengan sistem anti-virus dan internet security yang lebih berkesan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment