Saturday, December 26, 2009

Bahana mabuk malam Krismas

IPOH 25 DIS Akibat memandu dalam keadaan mabuk pada malam Krismas, terjadi pelanggaran dua buah kereta yang hampir mengakibatkan kecederaan serius.

Kejadian berlaku di Jalan Raja Musa Mahadi (Jalan Besar Rapat Setia), dimana seorang pemuda yang mabuk memandu sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback memasuki kedalam laluan sebelah kanan. Apabila ia cuba untuk memasuki semula ke laluan sebelah kiri, sebuah kereta Mitsubishi yang datang daripada arah bertentangan telah dilanggar olehnya pada tayar sebelah kiri.

Kerosakan yang dialami kedua-dua kenderaan agak teruk dengan kenderaan pemuda mabuk tadi lebih ketara.

Nasib baik tiada kemalangan yang melibatkan nyawa ataupun kecederaan parah. Cuma penumpang didalam kereta Mitsubishi yang dilanggar pada bahagian belakang mengalami sakit badan dan pening kepala.

Kereta Mitsubishi yang dilanggar

Keadaan kereta pemandu mabuk yang agak serius

Setelah melakukan pemeriksaan oleh pihak polis, ternyata kesalahan adalah berpunca daripada pemandu mabuk yang memandu dengan laju lalu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta yang datang dihadapan.

Sungguhpun begitu, selepas dinasihatkan, pemilik kereta Mitsubishi yang dilanggar hanya membuat laporan mengenai kemalangan tersebut (untuk menuntut gantirugi bagi membaiki semula kerosakan keretany) tanpa menyatakan mengenai keadaan pemandu yang mabuk tadi kerana pihak Insuran tidak akan membayar mana-mana pihak yang melibatkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Ini bermakna, undang-undang insurans dinegara ini seakan melindungi pemandu mabuk tanpa dikenakan hukuman. Selagi mana kemalangan yang diakibatkan oleh pemandu mabuk tidak membabitkan kehilangan nyawa, mereka boleh bebas memandu diatas jalanraya kita.

No comments:

Followers