Monday, July 11, 2011

Himpunan Bersih 2.0 ternyata aman, diluar negara


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Perhimpunan Aman Bersih 2.0 telah disambut meriah di seluruh bahagian dunia.

"Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu.

Di Bangkok, berpuluh aktivis hak asasi manusia mengadakan demonstrasi aman di depan Kedutaan Malaysia sebagai menyokong perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur.

Patcharee Sae-Eaw, pegawai undang-undang People's Empowerment Foundation, kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Bangkok, berkata kehadiran kumpulan itu bagi menunjukkan permuafakatan dengan pergerakan yang mendesak bagi pilihan raya lebih adil dan bersih di Malaysia.

Katanya pergerakan hak asasi manusia yang lain dari Jepun, Malaysia dan Sweden yang berpangkalan di ibu negara itu turut menyertai demonstrasi kira-kira sejam bermula 1.30 tengah hari waktu tempatan.

Demonstrasi di Bangkok diselaraskan antara kumpulan hak asasi manusia di Malaysia dan Thailand serta Parti Sosialis Malaysia, katanya.

Di Singapura, dilaporkan kira-kira 100 penyokong Bersih 2.0 berkumpul di Hong Lim Park pada tengah hari dengan memakai pakaian kuning dan mengagihkan ros kuning kepada orang ramai di kawasan itu.

Sementara itu agensi berita AFP melaporkan di Hong Kong, warga Malaysia yang memakai kemeja T kuning berkumpul di depan Pejabat Konsulat Malaysia dan menyerahkan memorandum yang menyatakan rakyat Malaysia yang tinggal di Hong Kong, menyokong desakan Bersih 2.0 bagi pilihan raya bebas dan adil.

Di Seoul, rakyat Malaysia, kebanyakannya pelajar dan mereka yang bekerja di ibu negara Korea Selatan itu berkumpul sambil membawa sepanduk dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menggesa bagi pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

Di Melbourne, Australia, rakyat Nalaysia dilaporkan berkumpul di Federation Square manakala di New Zealand, mereka berkumpul di Christchurch.

Di negara-negara berkenaan, tiada pasukan polis yang datang mengejar para demonstrans dengan gas pemedih mata dan seumpamanya. Tiada pembelasahan, tiada provokasi, tiada keganasan. Semuanya berjalan aman tidak seperti di Malaysia di mana polis menghuru-harakan negara dengan pelbagai tindakan kurang akal untuk mencetuskan keganasan di perhimpunan aman BERSIH.

SUNGGUHPUN MEREKA BUKAN WARGANEGARA DINEGARA-NEGARA BERIKUT, TETAPI HAK MEREKA UNTUK BERHIMPUN AMAT TERPELIHARA. BERBANDING DENGAN KITA SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA YANG MERDEKA, TETAPI DILAYAN DAN DIZALIMI LEBIH TERUK DARIPADA PENJENAYAH TEGAR.
































No comments:

Followers